TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis, TUDM kerjasama kesan lebih ramai suspek sindiket penyeludupan dadah – KPN

By
|
Kongsi
image

KUANTAN, 26 Nov. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama rapat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi mengesan lebih ramai individu yang disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah menggunakan aset ketenteraan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, seramai 13 individu telah ditahan setakat ini membabitkan tujuh pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam menerusi siri operasi bersepadu yang dijalankan di sekitar Lembah Klang, Labuan dan Sabah.

Menurutnya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini, lebih banyak tangkapan dijangka dilakukan selaras dengan perkembangan siasatan khususnya terhadap individu yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan.

Terdahulu, Mohd Khalid menyaksikan majlis serah terima tugas antara Ketua Polis Pahang yang baharu, Datuk Mohammad Shaharul Md Osman dengan Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob yang juga Timbalan Ketua Polis negeri.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan perintah reman terhadap kesemua 13 suspek terbabit telah dilanjutkan dan mereka akan didakwa di mahkamah sebaik sahaja kertas siasatan dilengkapkan.

Tangkapan berkenaan susulan rampasan 96.6 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM4.83 juta di Pangkalan Udara Subang minggu lalu yang turut membawa kepada penahanan seorang juruterbang TUDM yang dipercayai bertindak sebagai penyelaras serta penghantar bagi sindiket terbabit.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan hasil siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menyeludup bekalan dadah dari Subang ke Labuan serta Tawau, Sabah. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset