TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan lulus peruntukan khas RM1.497 juta bantu 11 institusi pendidikan Islam, sekolah tahfiz di Terengganu

By
|
Kongsi
image

KUALA TERENGGANU, 26 Nov. – Kerajaan meluluskan peruntukan khas berjumlah RM1.497 juta bagi membantu 11 institusi pendidikan Islam dan sekolah tahfiz di Terengganu melaksanakan kerja pembaikan infrastruktur serta kemudahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendidikan kekal menjadi keutamaan kerajaan apabila menerima peruntukan terbesar dalam belanjawan negara setiap tahun, termasuk peningkatan daripada RM66.27 bilion tahun lalu kepada RM69 bilion menerusi pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober lepas.

Menurutnya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu Kali Ke-46 dan Hadiah Kecemerlangan Pendidikan di Taman Tamadun Islam di sini hari ini, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut dan Institut Tahfiz Al-Quran Al-Mizan di Dungun menerima peruntukan tertinggi iaitu masing-masing RM200,000.

Agihan dana tersebut turut membabitkan Madrasatul Quran Kubang Bujuk di Serada sebanyak RM170,000, Madrasah Darul Iman (RM150,000), Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTQT) Padang Midin (RM140,000), Al Madrasah Al Fathoniyyah Lil Ulum Ad Diniyyah (RM127,000) dan Pusat Tahfiz Al-Quran Gong Bayor (RM110,000), manakala Madrasah STC, Pusat Tahfiz Anak Yatim Al Sidiqi, Sekolah Menengah Darul Furqan serta Madrasah Hafizah Ummul Khair masing-masing menerima RM100,000.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan penyaluran bantuan pendidikan kepada pelajar perlu disertakan dengan syarat kehadiran ke sekolah dan beliau memberi kuasa penuh kepada guru besar serta guru untuk memastikan perkara tersebut dipatuhi sebelum bantuan diberikan.

Beliau turut menggesa ibu bapa memainkan peranan aktif memastikan anak-anak menghadiri sesi persekolahan bagi mendapatkan pendidikan sempurna, di samping menekankan kepentingan penerapan aktiviti kerohanian seperti solat Subuh dan solat Duha dalam membentuk generasi berakhlak serta bertakwa. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset