Berita Berita
Tiada peruntukan khusus dana PIBG di sekolah setakat ini - Fadhlina
KUALA LUMPUR, 27 Nov. – Kerajaan setakat ini tidak meluluskan sebarang peruntukan khusus kepada Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai dana khas untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah bawah kementerian itu.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, peruntukan tahunan yang diluluskan kerajaan kepada KPM pada dasarnya adalah bagi tujuan pengoperasian sekolah serta pelaksanaan aktiviti murid di bawah seliaan kementerian.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen bagi menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai kesediaan KPM mewujudkan peruntukan khusus tahunan yang disalurkan terus kepada PIBG di setiap sekolah khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Menurutnya, KPM sentiasa komited memastikan kemenjadian murid dicapai melalui kerjasama erat antara sekolah, ibu bapa serta komuniti menerusi PIBG yang ditubuhkan mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998.
Beliau menjelaskan PIBG memainkan peranan penting dalam menyokong guru dan pentadbiran sekolah melalui pelbagai inisiatif seperti membiayai kelas tambahan, menyediakan modul latihan, menyokong aktiviti kokurikulum serta membantu menyediakan kemudahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) termasuk papan pintar bagi meringankan beban guru.
Tambah beliau, peranan tersebut turut dilengkapi inisiatif Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) yang menggalakkan jalinan kerjasama bersama komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta sektor swasta dalam memberi perhatian terhadap keselamatan fizikal, psikologi dan digital murid demi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.
Berita berkaitan
November 27, 2026, 9:27 am
'Ulat tiket' ditahan selepas tawar tiket bas kepada penguat kuasa JPJ menyamar di Larkin Sentral
November 27, 2026, 9:13 am
SPRM tolak dakwaan amal siasatan dua darjat, sahkan 20 saksi kes JALB sudah dirakam keterangan
November 27, 2026, 8:59 am
Personaliti media sosial, Kapten AA RARETV meninggal dunia di Oman
November 26, 2026, 10:32 pm
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail meninggal dunia
November 26, 2026, 8:38 pm
HRD Awards 2026 angkat usaha melatih pekerja, empat penerima raih anugerah Platinum
November 26, 2026, 7:49 pm
Tiga pegawai TUDM seludup dadah guna aset tentera dihadapkan ke mahkmah esok
November 26, 2026, 7:24 pm
Dua beradik maut, abang cedera dalam nahas motosikal ketika pulang dari sekolah
November 26, 2026, 5:44 pm
Inspektor Sheila heret Ayob Khan, kerajaan ke mahkamah, mohon dikembalikan ke jawatan
November 26, 2026, 5:02 pm
