TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Ulat tiket' ditahan selepas tawar tiket bas kepada penguat kuasa JPJ menyamar di Larkin Sentral

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU, 27 Nov. – Tindakan seorang lelaki menawarkan khidmat pembelian tiket bas kepada anggota penguat kuasa yang menyamar sebagai penumpang membawa padah apabila kegiatannya dikesan dalam operasi khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor di Larkin Sentral di sini semalam.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai menghampiri anggota penyamaran di laluan kaki lima bangunan berkenaan sebelum menawarkan perkhidmatan pembelian tiket bas menuju ke Kuala Lumpur.

JPJ Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi menerusi Pasukan Risikan Operasi (R/O), Bahagian Penguatkuasa tersebut dilaksanakan bagi membanteras kegiatan penjualan tiket bas secara tidak sah atau lebih dikenali sebagai 'ulat tiket'.

Susulan tindakan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 atas kesalahan memujuk dan mendesak yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

JPJ Johor menegaskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan di sekitar Larkin Sentral bagi membanteras kegiatan ulat tiket serta memastikan tiada individu mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui penawaran perkhidmatan pengangkutan awam tanpa kuasa yang sah. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset