Berita Berita
Personaliti media sosial, Kapten AA RARETV meninggal dunia di Oman
KUALA LUMPUR, 27 Nov. – Personaliti media sosial, Akhmal Asyraf atau lebih dikenali sebagai Kapten AA RARETV meninggal dunia malam tadi selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Muscat, Oman.
Pemergian Allahyarham yang disahkan pada jam 6.58 petang waktu tempatan itu dikongsikan jurugambar terkenal, Saiful Nang menerusi hantaran ringkas di aplikasi Threads yang turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang baik.
Difahamkan, Allahyarham berada di Oman bagi menjalani penggambaran program Kembara Wahyu terbitan TV AlHijrah.
Menurut Saiful Nang, Kapten AA mengalami demam serta jangkitan paru-paru sebelum dibawa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Nizwa dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Badr Al Samaa Royal, Muscat. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 27, 2026, 9:27 am
'Ulat tiket' ditahan selepas tawar tiket bas kepada penguat kuasa JPJ menyamar di Larkin Sentral
November 27, 2026, 9:13 am
SPRM tolak dakwaan amal siasatan dua darjat, sahkan 20 saksi kes JALB sudah dirakam keterangan
November 27, 2026, 8:54 am
Tiada peruntukan khusus dana PIBG di sekolah setakat ini - Fadhlina
November 26, 2026, 10:32 pm
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail meninggal dunia
November 26, 2026, 8:38 pm
HRD Awards 2026 angkat usaha melatih pekerja, empat penerima raih anugerah Platinum
November 26, 2026, 7:49 pm
Tiga pegawai TUDM seludup dadah guna aset tentera dihadapkan ke mahkmah esok
November 26, 2026, 7:24 pm
Dua beradik maut, abang cedera dalam nahas motosikal ketika pulang dari sekolah
November 26, 2026, 5:44 pm
Inspektor Sheila heret Ayob Khan, kerajaan ke mahkamah, mohon dikembalikan ke jawatan
November 26, 2026, 5:02 pm
