Berita Jenayah
Remaja perempuan 14 tahun antara 372 ditahan dalam Op Tapis Khas di Perak
IPOH, 27 Nov. – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun merupakan antara 372 individu yang ditahan dalam Op Tapis Khas Kontinjen Perak yang dijalankan selama tiga hari bermula 23 November lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, operasi serentak di seluruh negeri menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) itu memberi tumpuan kepada lokasi yang dikenal pasti sebagai sarang penagihan dadah termasuk kawasan skim Felda, Felcra, ladang swasta, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), rumah pangsa dan jeti nelayan.
Menurutnya dalam satu kenyataan semalam, keseluruhan tangkapan membabitkan 356 lelaki dan 16 wanita berusia antara 14 hingga 70 tahun, termasuk 33 warga asing dari Thailand, Indonesia, Myanmar serta Vietnam.
Hasil siasatan mendapati seramai 66 individu ditahan atas kesalahan disyaki mengedar dadah, 206 kerana memiliki dadah, manakala 100 lagi penagih disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mohd Alwi memaklumkan tiga individu yang disenaraikan sebagai orang dikehendaki turut diberkas, selain dua penagih tegar dikenal pasti untuk diambil tindakan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam operasi membabitkan 248 pegawai dan anggota polis daripada JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), balai polis serta Pasukan Gerakan Marin itu, polis merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM49,648.30 merangkumi 288.61 gram ganja, 251.95 gram syabu, 212.98 gram heroin dan 17.74 gram ketamin.
Turut dirampas ialah 7.46 gram pil Erimin 5, 2.3 kilogram daun ketum, 126.10 liter cecair ketum serta 0.18 liter kodein, di samping penyitaan sebuah kenderaan dan wang tunai bernilai keseluruhan RM4,700. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 26, 2026, 9:21 am
850 individu ditahan, 620 didakwa benarkan PATI tinggal di premis sejak tahun lalu – Saifuddin
November 25, 2026, 12:51 pm
Juruterbang TUDM berperanan sebagai koordinator dan ‘transporter’ sindiket dadah RM4.83 juta – JSJN
November 25, 2026, 12:47 pm
Suspek miliki 39 rekod lampau ditahan curi kereta di Pantai Dalam
November 25, 2026, 11:19 am
Polis mungkin panggil Tony Pua bantu siasatan kebocoran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan
November 25, 2026, 11:15 am
Polis siasat penemuan bungkusan plastik hitam berisi al-Quran dan buku agama di Ulu Tiram
November 24, 2026, 9:40 am
Polis buru lelaki, wanita curi tiga unit tangga aluminium di hadapan rumah di Klang
November 22, 2026, 7:14 pm
Baru enam bulan bebas penjara, lelaki dicekup jadi 'transporter' lapan PATI Myanmar di Tumpat
November 21, 2026, 12:56 pm
Lelaki ditahan berkhalwat dengan bekas isteri, beri alasan nak jenguk anak
November 20, 2026, 5:07 pm
