Berita Berita
PRN Sarawak: GPS menang 30 kerusi tanpa bertanding - Abang Johari
GEDONG 28 Nov - Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memenangi 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.
Abang Johari yang juga Pengerusi GPS berkata, kemenangan itu mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan dan pentadbiran gabungan berkenaan dalam menerajui pembangunan Sarawak.
Beliau berkata perkembangan itu turut menunjukkan rakyat mahu kesinambungan agenda pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri demi masa depan Sarawak.
"Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana adanya keyakinan rakyat di Sarawak terhadap pentadbiran GPS yang menguruskan negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tamat proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong di Dewan Masyarakat Gedong di sini hari ini. - Bernama
Berita berkaitan
November 28, 2026, 12:28 pm
Anwar minta Anthony Loke kembali bertugas sebagai Menteri Pengangkutan secepat mungkin
November 27, 2026, 10:46 pm
Seorang lagi pegawai TUDM ditahan dalam kes dadah RM4.83 juta, jumlah tangkapan kini 18 orang
November 27, 2026, 10:29 pm
Terpedaya gaji lumayan, 72 rakyat Malaysia diselamatkan di India, dipaksa jalankan penipuan siber
November 27, 2026, 9:45 pm
Tak pernah berpisah sejak lahir, kembar tiga terima ijazah serentak di USM
November 27, 2026, 9:20 pm
Dr Chandra Muzaffar meninggal dunia
November 27, 2026, 5:15 pm
