Berita Berita
100 ketul ayam tidak masak sempurna dihidang kepada pelajar MRSM, pembekal diberi tempoh tiga hari buat penambahbaikan
JASIN, 27 Nov. – Sebanyak 100 ketul ayam dihidangkan dalam keadaan tidak dimasak dengan sempurna selepas pembekal didakwa terlepas pandang terhadap penyediaan makanan bagi pelajar yang berpuasa di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini pada Isnin lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, pembekal terbabit telah diberikan tempoh selama tiga hari untuk melaksanakan penambahbaikan dan pemeriksaan susulan akan dilakukan dengan lebih kerap bagi memastikan arahan tersebut dipatuhi.
Menurutnya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di MRSM Tun Ghafar Baba di sini hari ini, hasil siasatan dalaman pengurusan MRSM serta pemeriksaan pegawai kesihatan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mendapati tiada kes keracunan makanan dilaporkan susulan kejadian itu.
Beliau berkata, MPJ turut menghantar pegawai kesihatan untuk menjalankan pemeriksaan dan mengeluarkan teguran bertulis kepada syarikat berkaitan mengikut Akta Makanan serta Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan.
Ridhwan turut mengingatkan semua pembekal khususnya di institusi pendidikan di negeri ini supaya menjadikan insiden berkenaan sebagai pengajaran dengan memastikan setiap proses penyediaan makanan mematuhi prosedur keselamatan ditetapkan demi menjaga kebajikan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting.
Terdahulu, sebilangan pelajar pada Isnin lalu didakwa dihidangkan dengan lauk ayam yang tidak dimasak sempurna selepas terpaksa menunggu sehingga jam 7.10 malam bagi mendapatkan hidangan tambahan apabila bekalan sedia ada habis kira-kira jam 6.40 petang, sebelum perkara itu mendapat perhatian Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mengarahkan siasatan segera dijalankan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 27, 2026, 10:46 pm
Seorang lagi pegawai TUDM ditahan dalam kes dadah RM4.83 juta, jumlah tangkapan kini 18 orang
November 27, 2026, 10:29 pm
Terpedaya gaji lumayan, 72 rakyat Malaysia diselamatkan di India, dipaksa jalankan penipuan siber
November 27, 2026, 9:45 pm
Tak pernah berpisah sejak lahir, kembar tiga terima ijazah serentak di USM
November 27, 2026, 9:20 pm
Dr Chandra Muzaffar meninggal dunia
November 27, 2026, 5:15 pm
186,318 rumah baharu 'tak laku', dianggarkan hampir 40 bulan untuk habiskan stok
November 27, 2026, 3:42 pm
‘Solat adalah ibadah, jangan dibuat content’ – CEO Media Prima Audio mohon maaf, tegur dua DJ Fly FM
November 27, 2026, 3:36 pm
Mayat lelaki ditemui separuh tertanam di Nibong Tebal dikenal pasti sebagai warga Myanmar
November 27, 2026, 3:28 pm
