Berita Berita
Altimet mula bertindak! Gesa polis siasat lambakan PATI di Lembah Jaya, siap boleh menyewa rumah dan berniaga
AMPANG 27 Nov – Susulan aduan penduduk, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad atau Altimet, membuat laporan polis bagi menggesa siasatan terhadap dakwaan beberapa pemilik hartanah menyewakan kediaman dan premis perniagaan kepada warga asing tanpa dokumen sah.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Ampang pada jam 3.17 petang tadi selepas beliau menerima aduan mengenai warga asing yang disyaki tidak memiliki dokumen imigresen sah atau memegang kad tidak sah yang dikaitkan dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Altimet berkata, pemantauan susulan aduan penduduk mengenal pasti beberapa premis kediaman dan perniagaan yang disyaki disewakan kepada golongan berkenaan.
"Kami mengesyaki beberapa pemilik hartanah di kawasan kejiranan ini menyewakan premis atau rumah kepada warga asing tanpa dokumen sah atau pemegang kad UNHCR yang tidak sah.
"Kami berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan. Buat masa ini, kami tidak menuduh mana-mana pihak kerana ini hanyalah syak wasangka.
"Kami serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
Berdasarkan salinan laporan polis berkenaan, lokasi yang disebut dalam aduan penduduk termasuk Tasik Tambahan 2 dan 3, Taman Sri Raya, Taman Sri Bayu serta Kampung Ampang Campuran.
Laporan itu menyenaraikan 19 premis kediaman, iaitu 16 di Taman Sri Raya dan tiga di Taman Tasik, selain beberapa premis perniagaan di Tasik Tambahan yang didakwa dihuni warga asing.
Altimet berkata, perkara itu berkemungkinan membabitkan kesalahan mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63, yang menurutnya memperuntukkan hukuman terhadap penghuni atau pemilik yang membenarkan pendatang asing tanpa izin masuk atau berada di premis mereka.
Beliau berkata, inisiatif yang turut membabitkan ahli majlis tempatan, ketua kampung, jawatankuasa rukun tetangga dan persatuan penduduk itu bertujuan menyokong usaha penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Katanya, beliau kerap menerima aduan daripada penduduk menerusi WhatsApp dan media sosial, selain daripada mereka yang datang ke pusat khidmatnya.
Altimet turut mendakwa kegiatan perniagaan yang dijalankan oleh warga asing tanpa dokumen sah boleh menjejaskan mata pencarian peniaga tempatan.
Berita berkaitan
November 27, 2026, 10:46 pm
Seorang lagi pegawai TUDM ditahan dalam kes dadah RM4.83 juta, jumlah tangkapan kini 18 orang
November 27, 2026, 10:29 pm
Terpedaya gaji lumayan, 72 rakyat Malaysia diselamatkan di India, dipaksa jalankan penipuan siber
November 27, 2026, 9:45 pm
Tak pernah berpisah sejak lahir, kembar tiga terima ijazah serentak di USM
November 27, 2026, 9:20 pm
Dr Chandra Muzaffar meninggal dunia
November 27, 2026, 5:15 pm
186,318 rumah baharu 'tak laku', dianggarkan hampir 40 bulan untuk habiskan stok
November 27, 2026, 3:42 pm
‘Solat adalah ibadah, jangan dibuat content’ – CEO Media Prima Audio mohon maaf, tegur dua DJ Fly FM
November 27, 2026, 3:36 pm
Mayat lelaki ditemui separuh tertanam di Nibong Tebal dikenal pasti sebagai warga Myanmar
November 27, 2026, 3:28 pm
