Berita Berita
Hiburan ala konsert tidak wajar, tidak beradab di majlis konvokesyen - Asyraf Wajdi panggil Naib Canselor UniKL, KP MARA
KUALA LUMPUR 28 Nov – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengarahkan penambahbaikan segera terhadap kod etika dan adab penganjuran majlis konvokesyen di semua institusi pendidikan di bawah MARA susulan isu persembahan hiburan yang didakwa tidak bersesuaian dengan istiadat berkenaan.
Beliau turut memanggil Naib Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Ketua Pengarah MARA pada Isnin ini untuk membentangkan tindakan yang akan diambil bagi menambah baik penganjuran konvokesyen.
Asyraf Wajdi berkata, persembahan ala konsert amat tidak wajar dalam istiadat konvokesyen yang menjadi acara kemuncak pengiktirafan dan pemartabatan ilmu. Menurutnya, majlis itu perlu mencerminkan adab dan kesopanan yang menjadi asas sesebuah institusi pendidikan.
"Kalaupun hendak ada nyanyian dan persembahan artis jemputan di waktu sela masa rehat, pemilihan lagu, pakaian dan orientasi persembahan mestilah bersesuaian dengan majlis istiadat ini.
"Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah MARA, pihak pengurusan MARA dan UniKL untuk mengambil tindakan serius mengenai hal ini dan melakukan perubahan dan penambahbaikan segera ke atas kod etika dan adab penganjuran majlis-majlis konvokesyen mana-mana institusi pendidikan di bawah MARA," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Beliau turut menekankan bahawa pendidikan merangkumi pembentukan adab, penyemaian nilai dan pembinaan keperibadian, di samping pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran.
"Tentu sekali majlis konvokesyen adalah manifestasi ilmu dan adab yang perlu dipelihara.
"Isnin ini, saya sudah memanggil Naib Canselor UniKL dan Ketua Pengarah MARA untuk mereka membentangkan tindakan yang bakal mereka ambil untuk menambahbaik penganjuran majlis-majlis istiadat konvokesyen universiti dan mana-mana institusi pendidikan MARA pada masa depan," katanya.
Berita berkaitan
November 28, 2026, 12:28 pm
Anwar minta Anthony Loke kembali bertugas sebagai Menteri Pengangkutan secepat mungkin
November 28, 2026, 11:53 am
PRN Sarawak: GPS menang 30 kerusi tanpa bertanding - Abang Johari
November 27, 2026, 10:46 pm
Seorang lagi pegawai TUDM ditahan dalam kes dadah RM4.83 juta, jumlah tangkapan kini 18 orang
November 27, 2026, 10:29 pm
Terpedaya gaji lumayan, 72 rakyat Malaysia diselamatkan di India, dipaksa jalankan penipuan siber
November 27, 2026, 9:45 pm
Tak pernah berpisah sejak lahir, kembar tiga terima ijazah serentak di USM
November 27, 2026, 9:20 pm
Dr Chandra Muzaffar meninggal dunia
November 27, 2026, 5:15 pm
