Berita Berita
Dr Chandra Muzaffar meninggal dunia
KUALA LUMPUR 27 Nov - Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr Chandra Muzaffar, meninggal dunia pada Jumaat pada usia 79 tahun, menurut kenyataan media pertubuhan itu.
"Dengan penuh dukacita, kami berkongsi berita pemergian [Dr] Chandra Muzaffar, Presiden International Movement for a Just World (JUST)," menurut kenyataan itu.
JUST memaklumkan butiran mengenai urusan pengebumian akan diumumkan sebaik sahaja maklumat diperoleh.
"Kami amat berdukacita atas pemergian beliau dan akan berkongsi butiran lanjut mengenai urusan pengebumian sebaik sahaja tersedia," menurut kenyataan itu lagi.
Pertubuhan itu turut menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan keluarga Allahyarham.
"Al-Fatihah. Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat dan keberkatan ke atas roh beliau serta menempatkannya dalam kalangan orang yang soleh.
"Ingatan dan doa kami sentiasa bersama keluarga beliau dalam saat yang sukar ini," menurut kenyataan itu lagi.
Allahyarham dilahirkan di Bedong, Kedah, dan lebih dikenali sebagai Dr Chandra dalam kalangan rakan seperjuangan serta pengamal media. Beliau dikenali sebagai tokoh masyarakat sivil dan pemikir dalam bidang dialog peradaban.
Pada 1977, beliau menubuhkan pertubuhan pembaharuan sosial Aliran Kesedaran Negara (Aliran) dan memimpinnya selama 14 tahun sebelum menerajui JUST sebagai presiden.
Dalam politik, Dr Chandra aktif pada peringkat awal gerakan Reformasi dan menjadi Timbalan Presiden pertama Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dari 1999 hingga 2001. Beliau turut bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada Pilihan Raya Umum 1999 atas tiket parti itu.
Selepas meninggalkan politik kepartian pada November 2001, beliau terus menyuarakan pandangan mengenai tadbir urus, hak asasi manusia dan hubungan antara kaum. KeADILan kemudian bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada 2003 untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pada 2009, Dr Chandra dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia.
Dalam bidang akademik, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah pertama Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya dan Profesor Pengajian Global di Universiti Sains Malaysia (USM).
Sepanjang hayatnya, Allahyarham menghasilkan puluhan buku mengenai keadilan sejagat, hak asasi manusia dan dialog peradaban. Beliau juga aktif dalam advokasi sosial dan kerja kebajikan masyarakat menerusi pertubuhan bukan kerajaan.
Berita berkaitan
November 27, 2026, 10:46 pm
Seorang lagi pegawai TUDM ditahan dalam kes dadah RM4.83 juta, jumlah tangkapan kini 18 orang
November 27, 2026, 10:29 pm
Terpedaya gaji lumayan, 72 rakyat Malaysia diselamatkan di India, dipaksa jalankan penipuan siber
November 27, 2026, 9:45 pm
Tak pernah berpisah sejak lahir, kembar tiga terima ijazah serentak di USM
November 27, 2026, 5:15 pm
186,318 rumah baharu 'tak laku', dianggarkan hampir 40 bulan untuk habiskan stok
November 27, 2026, 3:42 pm
‘Solat adalah ibadah, jangan dibuat content’ – CEO Media Prima Audio mohon maaf, tegur dua DJ Fly FM
November 27, 2026, 3:36 pm
Mayat lelaki ditemui separuh tertanam di Nibong Tebal dikenal pasti sebagai warga Myanmar
November 27, 2026, 3:28 pm
