Berita Berita
Seludup dadah guna aset TUDM, Saifuddin tolak Malaysia disamakan dengan Colombia
BALING 28 Nov – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menolak dakwaan di media sosial yang menyamakan Malaysia dengan Colombia susulan pendedahan kes penyeludupan dadah membabitkan kemudahan penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Saya tepis dan tolaklah perbandingan itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Jelajah Wira MADANI dan Santuni MADANI di Masjid Al-Hasaniah, Kampung Rambong Pulai, di sini, hari ini.
Saifuddin berkata, perbandingan itu tidak menggambarkan keadaan keamanan dan keselamatan Malaysia. Beliau berkata, Malaysia berada di tangga ke-12 daripada 163 negara dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2026, manakala Colombia di kedudukan ke-141.
“Kesimpulannya, kita berada pada kedudukan yang baik. Di Asia Tenggara kita nombor dua di belakang Singapura. Asia Pasifik kita di belakang Singapura dan New Zealand.
“Oleh kerana berlaku kes tangkapan, jangan tengok bahawa kita dah menuju ke arah Colombia. Jangan pula bila kita berjaya tangkap (terus fikir) ‘Colombia… Pablo Escobar’,” katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan sindiket itu mempunyai kaitan dengan rangkaian di Segi Tiga Emas (Golden Triangle), Saifuddin berkata polis sedang memperluas siasatan untuk mengesan sumber bekalan dadah dan mengenal pasti individu lain yang terbabit.
Katanya, polis sudah mengenal pasti pembahagian peranan dalam sindiket itu, termasuk pembiaya, perancang utama, pengangkut dan penyelaras rangkaian.
“Bila siasatan itu menjurus kepada mengesan dari mana bekalan, tidak susah untuk kita menjangkakan kerana bekalan dadah ke negara kita sebahagian besarnya memang masuk daripada Golden Triangle.
“Tapi yang ini biar bahagian narkotik selesaikan tugasan mereka, sebab mereka sedang meluaskan jaringan untuk mengesan lagi beberapa individu lain yang terlibat,” katanya.
Berita berkaitan
November 28, 2026, 12:28 pm
Anwar minta Anthony Loke kembali bertugas sebagai Menteri Pengangkutan secepat mungkin
November 28, 2026, 11:53 am
PRN Sarawak: GPS menang 30 kerusi tanpa bertanding - Abang Johari
November 27, 2026, 10:46 pm
Seorang lagi pegawai TUDM ditahan dalam kes dadah RM4.83 juta, jumlah tangkapan kini 18 orang
November 27, 2026, 10:29 pm
Terpedaya gaji lumayan, 72 rakyat Malaysia diselamatkan di India, dipaksa jalankan penipuan siber
November 27, 2026, 9:45 pm
Tak pernah berpisah sejak lahir, kembar tiga terima ijazah serentak di USM
November 27, 2026, 9:20 pm
Dr Chandra Muzaffar meninggal dunia
November 27, 2026, 5:15 pm
