Berita Berita
Loke geleng kepala ketika ditanya permintaan Anwar supaya kembali bertugas
SEREMBAN 28 Nov – Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke, enggan mengulas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya beliau kembali menjalankan tugas sebagai Menteri Pengangkutan secepat mungkin.
Ketika dihampiri petugas media selepas Program Yakin MADANI di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) di sini hari ini, Loke hanya menggelengkan kepala sambil mengangkat tangan sebagai tanda enggan mengulas sebelum berlalu pergi.
Terdahulu, ketika merasmikan program itu, Anwar meminta Loke, yang juga Setiausaha Agung DAP, menyambung tugasnya secepat mungkin. Beliau berkata Kementerian Pengangkutan memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat menerusi pelbagai prasarana pengangkutan.
Anwar berkata, beliau menghormati dan memahami alasan Loke meletakkan jawatan, namun menegaskan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat dan negara perlu diutamakan.
Pada 10 November, Loke mengumumkan peletakan jawatannya dalam Kabinet berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.
Loke dan Ahli Parlimen DAP lain kekal menyokong kepimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri. — Bernama
Berita berkaitan
November 28, 2026, 5:32 pm
Gara-gara berebut teman lelaki, remaja perempuan 17 tahun maut dipercayai diserang beramai-ramai
November 28, 2026, 4:35 pm
‘Jerat tak pernah lupakan pelanduk’ - Saifuddin sahkan dalang sindiket dadah TUDM lolos ketika operasi
November 28, 2026, 3:15 pm
Seludup dadah guna aset TUDM, Saifuddin tolak Malaysia disamakan dengan Colombia
November 28, 2026, 12:28 pm
Anwar minta Anthony Loke kembali bertugas sebagai Menteri Pengangkutan secepat mungkin
November 28, 2026, 11:53 am
PRN Sarawak: GPS menang 30 kerusi tanpa bertanding - Abang Johari
November 27, 2026, 10:46 pm
Seorang lagi pegawai TUDM ditahan dalam kes dadah RM4.83 juta, jumlah tangkapan kini 18 orang
November 27, 2026, 10:29 pm
Terpedaya gaji lumayan, 72 rakyat Malaysia diselamatkan di India, dipaksa jalankan penipuan siber
November 27, 2026, 9:45 pm
