Berita Berita
Pupuk minat membaca, YDN ‘belanja’ buku pilihan peserta Program FASIH KPM 2026
KUALA LUMPUR 28 Nov – Yayasan Didik Negara (YDN) menaja pembelian buku untuk peserta Program FASIH Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2026, sekali gus memberi peluang kepada mereka memilih sendiri bahan bacaan mengikut minat masing-masing.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata beliau sempat meluangkan masa bersama peserta untuk membeli buku di MPH, TRX Kuala Lumpur, sejurus program itu selesai.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada YDN atas tajaan berkenaan.
“Terima kasih Yayasan Didik Negara (YDN) yang menaja pembelian buku buat anak-anak ini," katanya dalam kenyataan di Facebook, di sini, hari ini.
Fadhlina berkata beliau tertarik melihat pilihan buku peserta, terutama apabila ada dalam kalangan mereka memilih bahan bacaan yang mencabar daya fikir.
“Seronok melihat mereka memilih buku masing-masing. Saya sendiri tertarik melihat pilihan mereka. Ada dalam kalangan anak-anak ini yang memilih bahan bacaan yang agak berat dan menuntut daya fikir yang tinggi.”
Beliau turut mengingatkan orang dewasa supaya memberi ruang kepada kanak-kanak meneroka ilmu dan memahami perkara yang menarik minat mereka.
“Kadangkala kita sebagai orang dewasa memandang rendah keupayaan anak-anak untuk memahami dan membicarakan sesuatu perkara. Berikan mereka ruang untuk meneroka ilmu dan jangan sesekali membataskan minat mereka," katanya.
Sempena cuti sekolah, Fadhlina turut mengajak ibu bapa membawa anak-anak ke kedai buku atau perpustakaan serta meluangkan masa berbual tentang bahan bacaan pilihan mereka.
“Saya juga ingin mengajak ibu bapa menjadikan kunjungan ke kedai buku atau perpustakaan sebagai antara aktiviti bersama anak-anak pada cuti sekolah ini. Berikan mereka kebebasan memilih buku dan luangkan masa untuk berbual tentang apa yang mereka baca," katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
November 28, 2026, 5:32 pm
Gara-gara berebut teman lelaki, remaja perempuan 17 tahun maut dipercayai diserang beramai-ramai
November 28, 2026, 4:35 pm
‘Jerat tak pernah lupakan pelanduk’ - Saifuddin sahkan dalang sindiket dadah TUDM lolos ketika operasi
November 28, 2026, 3:52 pm
Loke geleng kepala ketika ditanya permintaan Anwar supaya kembali bertugas
November 28, 2026, 3:15 pm
Seludup dadah guna aset TUDM, Saifuddin tolak Malaysia disamakan dengan Colombia
November 28, 2026, 12:28 pm
Anwar minta Anthony Loke kembali bertugas sebagai Menteri Pengangkutan secepat mungkin
November 28, 2026, 11:53 am
PRN Sarawak: GPS menang 30 kerusi tanpa bertanding - Abang Johari
November 27, 2026, 10:46 pm
Seorang lagi pegawai TUDM ditahan dalam kes dadah RM4.83 juta, jumlah tangkapan kini 18 orang
November 27, 2026, 10:29 pm
