Berita Viral
(VIDEO) Pemandu Nissan Fairlady didakwa berlumba sebelum langgar 'King Myvi'
KUALA LUMPUR 19 Mac - Dua kenderaan dilaporkan rosak selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 4.9 Jalan Genting Highlands, 1.10 pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Nissan Fairlady 370Z yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun dalam perjalanan dari Goh Tong Jaya ke Genting Highlands.
A post shared by Media Telus (Berita Semasa) (@mediatelus.my)
Beliau berkata, sampai di selekoh, pemandu Nissan dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
“Kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini tidak mengalami kecederan serius,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memandu kenderaan secara berhemah.
Sebelum itu tular satu rakaman yang mendakwa pemandu Nissan berlumba sehingga menyebabkan kemalangan.
Video berdurasi 42 saat itu menunjukkan seorang lelaki bernada tinggi memarahi pemandu Nissan selepas kemalangan berlaku.
#kemalangan #nissanfairlady #kingmyvi #myvi #bentong #mediatelus
Berita berkaitan
April 24, 2026, 2:48 pm
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
