Berita Viral
Polis tahan 'Abang Bas' muat naik hantaran 'crush budak sekolah rendah'
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 6 Sept - Pemandu bas sekolah yang memuat naik kandungan murid di akaun TikTok miliknya sehingga membangkitkan kebimbangan ibu bapa akhirnya ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.
Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada 2.57 pagi susulan laporan dibuat semalam.
Katanya, polis turut merampas telefon bimbit dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran berkenaan di akaun media sosialnya.
Siasatan terperinci sedang dijalankan dan polis mengalu-alukan kerjasama ibu bapa kanak-kanak yang terdapat dalam rakaman video itu supaya tampil bagi membantu siasatan, katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, tular di TikTok seorang lelaki yang juga pemilik akaun ‘Abang Bas’ menggelar seorang penumpang dipercayai murid sekolah rendah sebagai ‘crush’ dan ‘kesayangan’.
Kumar berkata, pemandu bas itu kini disiasat mengikut Seksyen 15(a)(III) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana membawa maksud seksual mengikuti atau memerhati atau menghubungi seseorang kanak-kanak melalui apa sahaja cara secara berulang atau kerap.
Katanya, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15(2) Akta Kanak-kanak 2001, kerana menyiarkan gambar kanak-kanak melalui apa-apa perantara elektronik.
Bagi kedua-kedua kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali selain denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali, katanya.
Sehubungan itu, Kumar menasihatkan ibu bapa sentiasa memantau aktiviti, perkembangan emosi serta fizikal anak-anak supaya perlakuan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dapat dikesan awal selain pelakunya dikenakan tindakan undang-undang.
Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK) membuat laporan polis mengenai satu hantaran tular di media sosial. – Media Telus
Berita berkaitan
March 16, 2026, 4:39 pm
(VIDEO) Penduduk naik angin terpaksa hadap jiran buang sisa depan rumah
March 13, 2026, 1:30 pm
Kontroversi 'kuil mini' di tangga apartmen Puchong berakhir, keluarga setuju alih struktur
March 13, 2026, 12:40 pm
(VIDEO) Beg tangan lesap, 'dikebas' lelaki menyamar jadi pelanggan
March 12, 2026, 11:29 am
Penduduk apartment di Puchong persoal individu bina 'kuil mini' di tangga, ganggu laluan
March 11, 2026, 3:21 pm
(VIDEO) Ramai masih belum peka, abang bomba kongsi sikap penting diri pengguna jalan raya
March 11, 2026, 1:33 pm
(VIDEO) Rumah nyaris hangus gara-gara mercun
March 11, 2026, 12:00 pm
(VIDEO) Misteri seluar dalam hilang terungkai, rupanya kena "rembat' tengah malam
March 9, 2026, 5:00 pm
Kelibat harimau dikesan, penduduk Kampung Rahmat diminta jaga diri
March 9, 2026, 3:18 pm
Lelaki tular menyamun guna parang di stesen minyak ditahan polis
March 9, 2026, 1:42 pm
