Berita Viral
(VIDEO) Gajah betina tiba-tiba melintas mati dirempuh SUV di Gerik
GERIK 15 April - Seekor gajah betina berusia 20 tahun mati dilanggar kenderaan di Kilometer 50 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini, kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Difahamkan gajah itu dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Xtrail yang dalam perjalanan dari arah Kelantan menghala ke Gerik.
Gajah itu dikatakan melintas secara tiba-tiba di laluan selepas selekoh menyebabkan pemandu gagal mengelak lalu melanggar haiwan terbabit.
A post shared by Media Telus (Berita Semasa) (@mediatelus.my)
Pemandu dan penumpang SUV tidak cedera.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff, berkata kejadian berlaku berhampiran persimpangan menuju ke perkampungan Air Banun, Gerik dari laluan JRTB.
Terdahulu, tular di media sosial berkaitan kemalangan membabitkan beberapa kenderaan yang mengakibatkan kematian gajah dengan bangkai dilihat di bahu jalan raya.
Menerusi beberapa klip video tular, kemalangan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa, namun sekurang-kurangnya dua kenderaan rosak dipercayai akibat rempuhan. - Media Telus
#GAJAH #MATI #SUV
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
