Berita Viral
(VIDEO) Jijik! Peniaga roti canai selamba basuh kuali guna air longkang
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 8 Okt. - Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang peniaga roti canai didakwa mencuci kuali menggunakan air longkang, sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok pada Isnin itu memaparkan peniaga berkenaan kelihatan terkejut apabila tindakannya dirakam. Dia kemudian berlalu tanpa memberikan sebarang penjelasan.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Walau bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan, dan belum ada maklumat sama ada pihak berkuasa telah mengambil tindakan.
"Penjual roti canai basuh kuali guna air longkang. Jadi, sangat kotor," kata pemuat naik video tersebut secara ringkas.
Setakat ini, belum ada maklumat lanjut mengenai tindakan susulan, namun orang ramai mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk segera menjalankan siasatan.
Di ruangan komen TikTok, majoriti netizen mengecam tindakan peniaga jalanan tersebut, yang dipercayai warga asing, dan menuduhnya tidak mematuhi standard kebersihan dalam perniagaan. - Media Telus
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
