Berita Dunia
Terima rasuah, Hakim Mahkamah Agung dipenjara 10 tahun

Hakim Mahkamah Agung dipenjara 10 tahun bersalah terima rasuah, pengubahan wang haram
JAKARTA 16 okt - Mahkamah Rasuah Jakarta menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas Hakim Mahkamah Agung Indonesia, Gazalba Saleh, selepas dia didapati bersalah menerima rasuah dan terbabit dalam pengubahan wang haram.
Keputusan itu diumumkan oleh panel hakim yang diketuai oleh Hakim Fahzal Hendri dalam satu sesi mahkamah pada 15 Oktober.
Gazalba juga dikenakan denda sebanyak 500 juta rupiah (RM138,223) atau tambahan hukuman empat bulan penjara jika beliau gagal membayar denda berkenaan.
Walaupun hukuman itu dilihat berat, ia sebenarnya lebih ringan daripada tuntutan pendakwa yang memohon hukuman penjara 15 tahun dan denda1 bilion rupiah (RM276,429).
Pendakwa juga meminta Gazalba membayar pampasan sebanyak 1.5 bilion rupiah (RM414,652) dan AS$18,000 (RM77,286), tetapi permintaan ini tidak diterima kerana mahkamah menyatakan tiada membabitkan kerugian kepada negara.
Kes rasuah itu melibatkan ahli perniagaan, Jawahirul Fuad, yang memberi suapan kepada Gazalba untuk mendapatkan keputusan memihak kepadanya dalam kes membabitkan syarikatnya atas dakwaan membuang sisa berbahaya secara haram.
Dalam kes itu, seorang peguam yang juga kawan kepada Gazalba, Ahmad Riyad, turut terlibat. Ahmad menerima 650 juta rupiah daripada Jawahirul, di mana 500 juta rupiah (RM138,223) diserahkan kepada Gazalba sebagai suapan.
Mahkamah juga mendedahkan bahawa wang haram yang diterima Gazalba digunakan untuk membeli jongkong emas, rumah mewah, dan kereta.
Malah, dia menggunakan identiti orang lain untuk membuat pembelian tersebut selain wang yang diterima turut ditukar dari mata wang asing, termasuk dolar Singapura dan Amerika Syarikat (AS), kepada rupiah dengan jumlah keseluruhan hampir 4 bilion rupiah (RM1.105 juta)
Dalam perbicaraan itu juga disebut bahawa Gazalba pernah mengendalikan kes lain yang melibatkan bekas anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Samarinda, Jaffar Abdul Gafar.
Peguam Jaffar didakwa membayar sejumlah wang besar untuk mempengaruhi keputusan mahkamah yang dikendalikan oleh Gazalba.
Setelah keputusan diumumkan, Gazalba memberitahu bahawa dia akan mengemukakan rayuan bersama peguamnya.
Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) pula menyatakan masih mempertimbangkan sama ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut. - AGENSI
Berita berkaitan
May 2, 2025, 11:07 am
Dilanda ribut pasir selepas kebakaran hutan, Israel isytihar darurat
April 29, 2025, 11:33 am
Gangguan bekalan elektrik besar landa Eropah Barat, Sepanyol, Portugal, darurat diisytihar
April 24, 2025, 12:50 pm
Gempa bumi 6.2 skala Ritcher gegar Istanbul, 236 cedera akibat panik
April 18, 2025, 11:51 am
Empat maut, kereta kabel terjatuh ke gaung
April 16, 2025, 1:01 pm
Sudan bergolak semula, RSF isytihar kerajaan baharu ketika krisis kemanusiaan memuncak
April 16, 2025, 11:26 am
PM Kemboja sampaikan takziah, kenang sumbangan Tun Abdullah
April 16, 2025, 11:20 am
Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi ucap takziah atas pemergian Pak Lah
April 15, 2025, 6:03 pm
Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum Ke-14 pada 3 Mei
April 10, 2025, 7:56 am
Trump tangguh tarif timbal balik ke atas lebih 75 negara selama 90 hari
April 8, 2025, 12:29 pm