Berita Viral
Lelaki selamba tayang pistol lepas berang ditegur merokok di Puchong
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 17 Okt – Tular sebuah video di laman sosial memaparkan seorang lelaki menunjukkan objek menyerupai pistol dalam satu insiden pertengkaran dipercayai berlaku di sebuah medan selera di Puchong, Selangor, baru-baru ini.
Menerusi rakaman video dari kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 26 saat itu, terdapat tiga individu daripada dua lelaki dan seorang wanita terbabit dalam insiden terbabit.
Dua lelaki itu kelihatan bertengkar manakala wanita terbabit cuba meleraikan pertengkaran yang berlaku.
Ketika pertengkaran berkenaan, seorang lelaki dilihat menyelak kemeja T dipakainya hingga menampakkan satu objek berupa pistol yang tersisip di pinggang.
Difahamkan, kejadian itu tercetus apabila pelanggan berkenaan yang tidak berpuasti hati selepas ditegur supaya tidak merokok oleh pengurus medan selera berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
"Bagaimanapun, kita menggesa mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian itu untuk segera tampil membuat laporan polis," katanya.
Maklumat berkaitan kejadian itu juga boleh disalurkan dengan menghubungi Hotline Polis Selangor menerusi talian 03-2052 9999. - Media Telus
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
