Berita Viral
Polis siasat motif 2 lelaki letak kepala babi atas kaunter roti canai
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 28 Okt - Polis mengesahkan dua suspek ditahan susulan video tular yang memaparkan dua lelaki meletakkan kepala babi di sebuah kedai makan yang didakwa berlaku di bandar Teknologi Kajang, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abd Yusof, berkata dua lelaki tempatan berusia 35 dan 51 tahun itu ditahan pada 15 Oktober lalu susulan kejadian itu.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 298/427 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara hingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Semalam video mengenai tindakan dua lelaki terbabit meletakkan kepala babi di premis kedai makan berkenaan tular selepas dikongsi pemilik akaun 'X update11111' melalui platform media sosial X.
Dalam pada itu, Nazron mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 7.30 malam 11 Oktober lalu, sebelum video berkenaan tular.
"Pengadu iaitu seorang lelaki berusia 18 tahun, memerhati rakaman CCTV di kedainya di Bandar Teknologi Kajang.
"Rakaman itu menunjukkan dua individu tidak dikenali memakai baju hitam dan topi keledar hitam dan merah memasuki kedai dan meletakkan kepala babi di atas kabinet dan kaunter roti canai milik pengadu," katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, siasatan lanjut dijalankan bagi mengumpul bukti berkaitan kes ini termasuk motif suspek.
Sebarang maklumat berkaitan kes tersebut boleh terus ke balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Sarjan Ahmad Faizal Bin Hasan di talian 019-7691924 untuk membantu siasatan. - Media Telus
Berita berkaitan
March 16, 2026, 4:39 pm
(VIDEO) Penduduk naik angin terpaksa hadap jiran buang sisa depan rumah
March 13, 2026, 1:30 pm
Kontroversi 'kuil mini' di tangga apartmen Puchong berakhir, keluarga setuju alih struktur
March 13, 2026, 12:40 pm
(VIDEO) Beg tangan lesap, 'dikebas' lelaki menyamar jadi pelanggan
March 12, 2026, 11:29 am
Penduduk apartment di Puchong persoal individu bina 'kuil mini' di tangga, ganggu laluan
March 11, 2026, 3:21 pm
(VIDEO) Ramai masih belum peka, abang bomba kongsi sikap penting diri pengguna jalan raya
March 11, 2026, 1:33 pm
(VIDEO) Rumah nyaris hangus gara-gara mercun
March 11, 2026, 12:00 pm
(VIDEO) Misteri seluar dalam hilang terungkai, rupanya kena "rembat' tengah malam
March 9, 2026, 5:00 pm
Kelibat harimau dikesan, penduduk Kampung Rahmat diminta jaga diri
March 9, 2026, 3:18 pm
Lelaki tular menyamun guna parang di stesen minyak ditahan polis
March 9, 2026, 1:42 pm
