Berita Viral
Ingatkan mayat hidup, rupanya lelaki berlatih mati dalam keranda di Baling
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 29 Okt – Seorang lelaki mengejutkan penduduk kampung apabila bertindak tidur di dalam keranda sebuah van jenazah berhampiran Masjid Al-islah Kampung Tiak, Baling, Kedah pada Isnin lalu.
Video itu dipercayai di muat naik oleh pemilik akaun tiktok yang dikenali sebagai Cikgu Fitri Ifqram yang menunjukkan lelaki itu sedang tidur dalam keranda dan dilihat enggan beredar pada awalnya setelah ditegur oleh orang ramai.
Difahamkan individu lelaki itu berasal dari Kampung Raja Kupang, Pulai namun identiti namanya belum dapat dikenal pasti.
Menerusi video berdurasi 2.44 saat itu, lelaki berkenaan mendakwa dia datang ke masjid berkenaan kerana masjid di sekitar kawasan rumahnya dikunci dan tidak dapat masuk.
Kata lelaki itu, dia pernah memasuki beberapa buah masjid sebelum datang ke Masjid Al-islah Kampung Tiak.
Ketika terjahan oleh orang ramai yang dipercayai jemaah masjid di situ ada bertanyakan motif tindakan lelaki berkenaan, dia berkata perbuatan itu adalah merupakan latihan peringkat awal untuk menjadi seorang pengurus jenazah.
"Saya datang berlatih mati siap-siap, esok-esok mati tak teruk sangat," kata lelaki itu.
"Bukan macam ini caranya, sekiranya nak berlatih kena masuk dalam masjid, solat dan berdoa.
"Balik ke masjid, balik ke masjid," marah salah seorang individu. – Media Telus
Berita berkaitan
March 16, 2026, 4:39 pm
(VIDEO) Penduduk naik angin terpaksa hadap jiran buang sisa depan rumah
March 13, 2026, 1:30 pm
Kontroversi 'kuil mini' di tangga apartmen Puchong berakhir, keluarga setuju alih struktur
March 13, 2026, 12:40 pm
(VIDEO) Beg tangan lesap, 'dikebas' lelaki menyamar jadi pelanggan
March 12, 2026, 11:29 am
Penduduk apartment di Puchong persoal individu bina 'kuil mini' di tangga, ganggu laluan
March 11, 2026, 3:21 pm
(VIDEO) Ramai masih belum peka, abang bomba kongsi sikap penting diri pengguna jalan raya
March 11, 2026, 1:33 pm
(VIDEO) Rumah nyaris hangus gara-gara mercun
March 11, 2026, 12:00 pm
(VIDEO) Misteri seluar dalam hilang terungkai, rupanya kena "rembat' tengah malam
March 9, 2026, 5:00 pm
Kelibat harimau dikesan, penduduk Kampung Rahmat diminta jaga diri
March 9, 2026, 3:18 pm
Lelaki tular menyamun guna parang di stesen minyak ditahan polis
March 9, 2026, 1:42 pm
