Berita Dunia
Trump menang Presiden Amerika Syarikat sekali lagi

WASHINGTON 6 Nov – Calon Parti Republikan, Donald Trump menang sekali lagi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) apabila berjaya memperoleh 270 undi elektoral, lapor portal berita The Hill hari ini.
Beliau memenangi 270 undi elektoral sekali gus melayakkannya menjadi Presiden Amerika Syarikat untuk kali kedua selepas mencabar jawatan itu pada tahun 2017 hingga Januari 2021.
Ketika Trump memenangi jumlah undi elektoral itu, pencabarnya utamanya, Kamala Harris daripada Parti Demokrat terpaksa berpuas hati dengan memperoleh 230 undi elektoral.
Beliau jauh meninggalkan Harris sejak di peringkat awal lagi apabila media AS mengunjurkan kemenangan Trump di 20 negeri sebelum ini.
Trump memperoleh kemenangan besar di Texas dan Ohio serta sebilangan negeri lain yang cenderung menyokong Parti Republikan. – AGENSI
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 1:17 pm
Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
July 30, 2025, 12:56 pm
Tsunami Jepun: Pekerja loji nuklear Fukushima dipindah, amaran meluas sekitar Pasifik
July 25, 2025, 11:06 am
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
July 24, 2025, 5:57 pm
9 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan artileri di sempadan Thailand-Kemboja
July 22, 2025, 8:28 am
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
July 18, 2025, 9:17 am
Ribuan penduduk India, Pakistan dipindahkan, 180 terkorban akibat banjir monsun
July 17, 2025, 10:00 am