Berita Dunia
Nama Muhammad paling banyak dipilih ibu bapa di England, Wales tahun lepas

LONDON 6 Dis - Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa dalam menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales pada tahun lepas, dengan lebih 4,600 bayi lelaki berdaftar dengan nama itu, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).
Muhammad menjadi nama bayi lelaki paling popular, mengatasi nama utama sebelum ini, Noah, menurut data yang dikeluarkan oleh ONS pada Khamis.
Nama Muhammad berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.
Muhammad dan Noah diikuti oleh Oliver sebagai nama pilihan ketiga paling popular bagi bayi lelaki, menurut angka ONS.
Bagi bayi perempuan, Olivia kekal sebagai pilihan utama, diikuti oleh Amelia dan Isla yang tidak berubah sejak 2022.
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 1:17 pm
Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
July 30, 2025, 12:56 pm
Tsunami Jepun: Pekerja loji nuklear Fukushima dipindah, amaran meluas sekitar Pasifik
July 25, 2025, 11:06 am
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
July 24, 2025, 5:57 pm
9 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan artileri di sempadan Thailand-Kemboja
July 22, 2025, 8:28 am
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
July 18, 2025, 9:17 am
Ribuan penduduk India, Pakistan dipindahkan, 180 terkorban akibat banjir monsun
July 17, 2025, 10:00 am