Berita Dunia
Jokowi dan keluarga dipecat secara rasmi daripada PDIP

JAKARTA 17 Dis. - Bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), bersama anaknya, Gibran Rakabuming Raka, menantunya Bobby Nasution, dan 27 anggota lain, secara rasmi dipecat daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP).
Surat pemecatan bertarikh 14 Disember 2024 itu ditandatangani oleh Ketua Umum PDIP, Megawati Soekarnoputri, dan Setiausaha Agung, Hasto Kristiyanto, menurut Ketua Bidang Kehormatan Dewan Pimpinan Pusat (DPP) PDIP, Komarudin Watubun, seperti dilaporkan media tempatan.
“Keputusan ini melarang mereka melakukan sebarang aktiviti atau memegang jawatan atas nama PDIP,” kata Komarudin ketika membacakan surat pemecatan tersebut.
Pemecatan Berikutan Ketidaksehaluan Politik
Hasto Kristiyanto menjelaskan pemecatan Jokowi dan keluarganya adalah kerana mereka tidak lagi selari dengan cita-cita PDIP. Beliau menyifatkan tindakan politik keluarga Jokowi sebagai "keinginan kuasa yang tiada henti."
“PDIP menilai amalan politik mereka harus menjadi pengajaran penting kepada semua untuk menghormati disiplin parti,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Kompas.com.
Jokowi Kekal Dalam Arena Politik
Jokowi, yang ditemui media sebelumnya, memberikan kenyataan ringkas mengenai statusnya sebagai individu tanpa parti. Beliau menggambarkan situasi ini sebagai satu soal “parti perorangan,” yang ditafsirkan oleh CNN Indonesia sebagai hasrat beliau untuk terus aktif dalam politik meskipun tanpa naungan mana-mana parti.
Pemecatan ini turut mengakhiri hubungan panjang antara Jokowi dan PDIP, parti yang membawa beliau ke jawatan Presiden Indonesia. Keputusan ini mencetuskan perbincangan hangat mengenai arah politik keluarga Jokowi selepas ini.
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 1:17 pm
Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
July 30, 2025, 12:56 pm
Tsunami Jepun: Pekerja loji nuklear Fukushima dipindah, amaran meluas sekitar Pasifik
July 25, 2025, 11:06 am
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
July 24, 2025, 5:57 pm
9 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan artileri di sempadan Thailand-Kemboja
July 22, 2025, 8:28 am
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
July 18, 2025, 9:17 am
Ribuan penduduk India, Pakistan dipindahkan, 180 terkorban akibat banjir monsun
July 17, 2025, 10:00 am