Berita Dunia
Mozambique bergolak, lebih 1,500 banduan bolos dari penjara

MAPUTO 26 Dis – Lebih 1,500 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di Mozambique dengan mengambil kesempatan daripada pergolakan politik berterusan disebabkan perbalahan mengenai keputusan pilihan raya presiden, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.
“Seramai 33 orang terbunuh dan 15 yang lain cedera dalam pertempuran dengan pasukan pengawal penjara,” kata Ketua Polis Mozambique, Bernardino Rafael dalam satu sidang akhbar.
Tambahnya, kira-kira 150 lagi banduan yang melarikan diri itu telah ditangkap semula.
Tunjuk perasaan tercetus pada Isnin lalu sebagai tindak balas terhadap pengumuman mahkamah tertinggi Mozambique yang memutuskan bahawa parti pemerintah yang berkuasa sejak tahun 1975, Parti Frelimo memenangi pilihan raya presiden pada Oktober lalu.
Rafael berkata, kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan menghampiri penjara di ibu negara, Maputo semalam.
Ujarnya, banduan mengambil peluang dalam pergolakan itu untuk merobohkan tembok dan melarikan diri.
Seorang wartawan BBC berkata, Maputo kelihatan seperti bandar hantu semalam dengan hampir semua premis perniagaan ditutup, manakala orang ramai berada di rumah untuk mengelak daripada terjebak dalam kekacauan paling teruk di bandar itu sejak 1975.
Pejabat Frelimo, balai polis, bank dan kilang telah dirompak, dirosakkan serta dibakar di seluruh negara.
Sejak Isnin lalu, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam rusuhan tersebut, kata menteri dalam negeri lewat kelmarin. – AGENSI
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 1:17 pm
Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
July 30, 2025, 12:56 pm
Tsunami Jepun: Pekerja loji nuklear Fukushima dipindah, amaran meluas sekitar Pasifik
July 25, 2025, 11:06 am
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
July 24, 2025, 5:57 pm
9 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan artileri di sempadan Thailand-Kemboja
July 22, 2025, 8:28 am
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
July 18, 2025, 9:17 am
Ribuan penduduk India, Pakistan dipindahkan, 180 terkorban akibat banjir monsun
July 17, 2025, 10:00 am