Berita Dunia
Jeju Air bawa 181 penumpang terhempas di lapangan terbang, 29 terkorban

SEOUL – Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh apabila sebuah pesawat membawa 181 penumpang dan kru terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan hari ini.
“Setakat ini, kami mengesahkan nahas menyebabkan 29 kematian. Namun, jumlah mangsa mungkin meningkat kerana terdapat mereka yang parah,” kata pegawai bomba tempatan, Lee Hyeon-ji.
Beliau berkata, anggota-anggota penyelamat sedang memindahkan penumpang dari bahagian belakang pesawat tersebut.
Nahas dipercayai berpunca akibat pelanggaran burung, mengakibatkan roda pesawat tidak berfungsi ketika pesawat itu cuba mendarat di lapangan terbang berkenaan, barat daya Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap.
Terdapat 175 penumpang dan enam anak kapal di dalamnya, tambah laporan tersebut.
Sekeping gambar menunjukkan ekor pesawat terbakar dengan anggota-anggota dan jentera bomba berada lokasi kejadian.
Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, pesawat Jeju Air itu berlepas dari Bangkok, Thailand, manakala nahas tersebut berlaku semasa ia mendarat.
“Dua orang ditemui hidup dan operasi menyelamat masih dijalankan,” kata seorang pegawai bomba kepada agensi berita Reuters.
Pemangku Presiden Korea Selatan, Choi Sang-mok menggesa semua sumber digunakan untuk menyelamatkan penumpang dan kru pesawat.
“Semua agensi berkaitan mesti menggerakkan semua sumber yang ada untuk menyelamatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 1:17 pm
Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
July 30, 2025, 12:56 pm
Tsunami Jepun: Pekerja loji nuklear Fukushima dipindah, amaran meluas sekitar Pasifik
July 25, 2025, 11:06 am
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
July 24, 2025, 5:57 pm
9 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan artileri di sempadan Thailand-Kemboja
July 22, 2025, 8:28 am
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
July 18, 2025, 9:17 am
Ribuan penduduk India, Pakistan dipindahkan, 180 terkorban akibat banjir monsun
July 17, 2025, 10:00 am