Berita Dunia
China diserang penyakit HMPV, hampir sama dengan Covid-19

BEIJING 30 Dis - Pihak berkuasa kawalan penyakit China berkata pada Jumaat bahawa mereka sedang membangunkan sistem pemantauan untuk penyakit radang paru-paru yang hampir sama seperti COVID-19 iaitu HMPV, dengan beberapa kes penyakit pernafasan dijangka akan terus meningkat sepanjang musim sejuk.
Menurut sejarah perubatan, HMPV atau 'human metapneumovirus' pertama kalinya ditemukan pada tahun 2001 oleh penyelidik di Belanda, yang dikatakan berpunca daripada bawaan burung. Tiada vaksin untuk penyakit HMPV setakat ini.
Menurut sampel pernafasan yang dikumpul oleh hospital di seluruh China, kadar jangkitan telah menunjukkan trend menaik, terutamanya di wilayah utara.
Dengan ketiadaan penawar dan vaksin yang berkesan, doktor hanya boleh merawat pesakit mengikut simptom.
Langkah China untuk mewujudkan sistem pemantauan khusus itu adalah bertujuan untuk membantu pihak berkuasa menyediakan protokol bagi mengendalikan patogen yang tidak diketahui itu, berbeza dengan tahap kesediaan yang lebih rendah lima tahun lalu apabila novel coronavirus yang menyebabkan COVID-19 mula-mula muncul.
Pentadbiran Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kebangsaan China akan mewujudkan prosedur untuk laporan makmal serta agensi kawalan dan pencegahan penyakit untuk pengesahan dan pengendalian kes, lapor media China dalam satu sidang akhbar. - Agensi
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 1:17 pm
Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
July 30, 2025, 12:56 pm
Tsunami Jepun: Pekerja loji nuklear Fukushima dipindah, amaran meluas sekitar Pasifik
July 25, 2025, 11:06 am
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
July 24, 2025, 5:57 pm
9 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan artileri di sempadan Thailand-Kemboja
July 22, 2025, 8:28 am
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
July 18, 2025, 9:17 am
Ribuan penduduk India, Pakistan dipindahkan, 180 terkorban akibat banjir monsun
July 17, 2025, 10:00 am