Berita Dunia
Pesawat terhempas di laut UAE, 2 maut

ABU DHABI, EMIRIYAH ARAB BERSATU (UAE) 30 Dis - Sebuah pesawat ringan terhempas semalam di luar pantai Ras Al Khaimah yang merupakan salah satu daripada tujuh emiriyah UAE, dengan mengorbankan dua orang, kata pihak berkuasa penerbangan negara itu.
“Sebuah pesawat ringan yang dikendalikan oleh Jazirah Aviation Club terhempas ke dalam laut sekali gus meragut nyawa juruterbang dan pembantu juruterbang,” kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Am dalam satu kenyataan.
Ia menambah bahawa siasatan telah dilancarkan untuk menentukan punca nahas itu.
Kenyataan itu berkata, mangsa adalah warganegara India dan Pakistan.
“Nahas berlaku sejurus selepas pesawat berlepas, berhampiran Hotel Cove Rotana di sepanjang pantai,” kata pihak berkuasa penerbangan.
“Laporan awal mencadangkan pesawat terputus hubungan radio dan kemudian cuba mendarat cemas. Walaupun usaha menyelamatkan nyawa dilakukan, kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dialami,” tambahnya.
Ras Al Khaimah terletak di bahagian paling utara UAE. – AFP
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 1:17 pm
Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
July 30, 2025, 12:56 pm
Tsunami Jepun: Pekerja loji nuklear Fukushima dipindah, amaran meluas sekitar Pasifik
July 25, 2025, 11:06 am
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
July 24, 2025, 5:57 pm
9 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan artileri di sempadan Thailand-Kemboja
July 22, 2025, 8:28 am
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
July 18, 2025, 9:17 am
Ribuan penduduk India, Pakistan dipindahkan, 180 terkorban akibat banjir monsun
July 17, 2025, 10:00 am