Berita Dunia
AS guna khidmat lebih 900 banduan padam kebakaran di Los Angeles

LOS ANGELES 16 Jan - Lebih 900 banduan menyertai usaha bomba dalam memadam kebakaran di bandar itu.
Bagi Jacob Castro, yang berada di penjara 29 tahun, dia menganggap usaha itu dilakukannya itu sebagai peluang menebus kesilapan sebelum ini selain dapat mengurangkan hukuman mereka.
"Ini adalah perkara pertama saya lakukan dalam hidup yang saya banggakan.
"Saya suka melakukan ini, membantu masyarakat dengan menebus keputusan buruk yang saya buat dalam hidup," katanya kepada AFP.
Bagi Santana Felix Nolasco, 28, kemahiran dan disiplin yang dipelajarinya amat berharga.
"Ia adalah peluang besar untuk setiap seorang daripada kami di sini.
"Mereka memberi kami peluang kedua untuk mereka yang benar-benar mahu berubah," katanya yang sebak.
Kumpulan banduan itu menyokong operasi pihak berkuasa dalam mengawal kebakaran yang melanda Los Angeles, yang sehingga kini membunuh sekurang-kurangnya 24 orang.
Kru banduan dibezakan dengan anggota agensi lain, dengan hanya dengan pakaian seragam oren mereka.
Ditugaskan untuk melakukan kerja manual, mereka boleh bekerja syif sehingga 24 jam sama seperti anggota bomba.
Mereka membersihkan tumbuhan dengan kapak, gergaji rantai dan penyodok, di samping mendaki dan menuruni bukit curam untuk memadam bahan yang merebakkan api.
Kapten Joseph Cruz yang menyelia pasukan di zon Palisades berkata, pasukan itu tidak ternilai, namun bukan semua orang gembira banduan itu berada di situ.
"Mereka ini berkerja keras. Ia satu sumbangan besar," katanya.
Minggu lalu, bintang realiti yang juga bilionair, Kim Kardashian menyelar gaji sedikit diberikan kepada banduan itu.
"Terdapat ratusan anggota bomba yang dipenjarakan, mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan kami.
"Mereka berada di Kebakaran Palisades dan Kebakaran Eaton di Pasadena, bekerja 24 jam syif.
"Mereka tidak dibayar gaji, mempertaruhkan nyawa mereka... Saya melihat mereka sebagai wira," tulisnya di media sosial.
Banduan yang bekerja dalam memadam kebakaran memperoleh antara AS$5.80 hingga AS$10.24 (kira-kira RM26 hingga RM46) setiap hari dengan tambahan AS$1 (kira-kira RM4.50) sejam apabila berdepan kecemasan, menurut Jabatan Koreksional dan Pemulihan California (CDCR).
Gaji itu ditetapkan undang-undang yang membenarkan banduan menerima gaji jauh di bawah gaji minimum ditetapkan negeri.
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 1:17 pm
Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
July 30, 2025, 12:56 pm
Tsunami Jepun: Pekerja loji nuklear Fukushima dipindah, amaran meluas sekitar Pasifik
July 25, 2025, 11:06 am
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
July 24, 2025, 5:57 pm
9 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan artileri di sempadan Thailand-Kemboja
July 22, 2025, 8:28 am
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
July 18, 2025, 9:17 am
Ribuan penduduk India, Pakistan dipindahkan, 180 terkorban akibat banjir monsun
July 17, 2025, 10:00 am