Berita Dunia
Jantina tidak boleh diubah, Amerika Syarikat iktiraf lelaki dan perempuan sahaja – Donald Trump

WASHINGTON 21 Jan - Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Donald Trump mengubah dasar jantina Washington seiring dengan janji beliau semasa kempen pilihan raya tahun lalu, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.
Trump berkata, beliau akan menandatangani perintah eksekutif mengiktiraf hanya dua jantina iaitu lelaki dan perempuan selain mengisytiharkan kategori itu tidak boleh diubah.
“Setakat hari ini (semalam), ia akan menjadi dasar rasmi kerajaan AS bahawa hanya ada dua jantina, lelaki dan perempuan,” kata Trump semasa majlis angkat sumpah jawatan di Washington.
Langkah itu sebagai memenuhi janji beliau selepas puak konservatif mengecam program budaya, jantina dan kepelbagaian, kesaksamaan serta keterangkuman (DEI).
Seorang pegawai pentadbiran persekutuan berkata, perintah eksekutif itu akan menamatkan pelaksanaan DEI dalam kerajaan persekutuan termasuk memotong pembiayaan kepada program itu merentas semua agensi.
Pentadbiran Trump tidak menyatakan sama ada tindakan itu akan dilanjutkan kepada sektor swasta.
Penyokong-penyokong DEI melihat program itu sebagai satu cara untuk membetulkan diskriminasi yang berlarutan berdasarkan kaum, seksualiti dan ciri-ciri lain. – AGENSI
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 1:17 pm
Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
July 30, 2025, 12:56 pm
Tsunami Jepun: Pekerja loji nuklear Fukushima dipindah, amaran meluas sekitar Pasifik
July 25, 2025, 11:06 am
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
July 24, 2025, 5:57 pm
9 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan artileri di sempadan Thailand-Kemboja
July 22, 2025, 8:28 am
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
July 18, 2025, 9:17 am
Ribuan penduduk India, Pakistan dipindahkan, 180 terkorban akibat banjir monsun
July 17, 2025, 10:00 am