Berita Hiburan
Fatima luah tak sayang Fattah lagi
KUALA LUMPUR 27 Jan m– Anak perempuan selebriti terkenal, Nur Fazura, iaitu Nur Fatima Aisya, menjadi perhatian apabila mengungkapkan bahawa dia tidak lagi menyayangi bapanya, pelakon Fattah Amin, semasa siaran langsung bersama ibunya baru-baru ini.
Fatima, yang sedang didukung oleh Fazura, memberi respons demikian selepas ibunya bertanya mengapa dia menangis sebelumnya
“Kenapa Fatima menangis tadi?” tanya Fazura.
Fatima, yang baru berusia empat tahun, menjawab dengan menggelengkan kepala,
"Sebab saya tak mahu daddy dan tak sayang daddy lagi."
Fazura segera menasihati anaknya agar tidak berkata begitu dan mengingatkan Fatima untuk menyayangi bapanya.
Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di ruang komen, di mana ada yang meminta orang ramai untuk tidak membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap Fazura
“Jangan tuduh Fazura yang ajar sebab bukan dia yang muat naik video tapi netizen,” kata seorang pengguna.
“Kasihan pula lihat wajah Fatima. Mungkin perlu lebih banyak masa dengan daddy,” komen netizen lain.
Fattah pula baru-baru ini menafikan dakwaan netizen yang menuduhnya kurang meluangkan masa bersama Fatima disebabkan komitmen kerja.
Fazura dan Fattah sah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Hak penjagaan penuh Fatima diberikan kepada Fazura, manakala Fattah diberikan hak lawatan dua kali sebulan untuk bermalam dan tiga kali seminggu untuk lawatan harian.
Prosiding perceraian ini diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 12 November tahun lalu.
Berita berkaitan
July 30, 2026, 3:02 pm
Pempengaruh kongsi Rohingya halau keluar Malaysia, dedah cara dapat bekalan perniagaan
July 27, 2026, 2:56 pm
'Macam mana info peribadi saya awak boleh tahu?',Fattah Amin berang fitnah melampau
July 20, 2026, 6:10 pm
Bella Astillah, Syed Saddiq timba nasihat rumah tangga daripada Tun M
July 3, 2026, 4:19 pm
Filem 'The Keris' angkat semula legasi Hang Tuah di pawagam
July 3, 2026, 3:12 pm
Safwan Nazri rugi RM400,000, jadi mangsa 'scam' kontraktor kawan baik
July 2, 2026, 7:52 pm
Eksperimen sosial Isa Isarb dedah sikap warga asing beri rokok pada pelajar sekolah
July 1, 2026, 12:18 pm
