Berita Dunia
Mesir tolak pemindahan paksa rakyat Palestin

KAHERAH 30 Jan. - Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menegaskan bahawa Mesir tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin, menyifatkannya sebagai tindakan zalim yang tidak boleh diterima. Kenyataan itu dibuat dalam sidang media bersama Presiden Kenya, William Ruto, di Kaherah pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).
Beliau menegaskan bahawa pendirian Mesir terhadap isu Palestin adalah konsisten dan tidak boleh dirunding, selain menekankan komitmen negaranya terhadap penyelesaian dua negara sebagai jalan damai bagi konflik tersebut.
"Keselamatan Mesir tidak boleh dikompromi. Kami bersedia bekerjasama bagi mencapai penyelesaian damai berdasarkan prinsip penyelesaian dua negara," ujar al-Sisi.
Sebelum ini, bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mencadangkan agar rakyat Palestin dipindahkan ke Mesir dan Jordan, dengan menyifatkan Gaza sebagai "tapak runtuhan" akibat serangan Israel. Namun, cadangan itu ditolak keras oleh Kaherah dan Amman, yang menolak sebarang pemindahan atau penempatan semula rakyat Palestin dari tanah asal mereka.
Cadangan Trump itu muncul selepas perjanjian gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada 19 Januari. Konflik tersebut telah meragut lebih 47,400 nyawa rakyat Palestin, majoritinya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 111,000 orang sejak 7 Oktober 2023. - Media Telus
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 1:17 pm
Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
July 30, 2025, 12:56 pm
Tsunami Jepun: Pekerja loji nuklear Fukushima dipindah, amaran meluas sekitar Pasifik
July 25, 2025, 11:06 am
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
July 24, 2025, 5:57 pm
9 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan artileri di sempadan Thailand-Kemboja
July 22, 2025, 8:28 am
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
July 18, 2025, 9:17 am
Ribuan penduduk India, Pakistan dipindahkan, 180 terkorban akibat banjir monsun
July 17, 2025, 10:00 am