Berita Dunia
Sengaja cetus kekecohan, lelaki bakar al-Quran ditahan

Lelaki Ditahan Selepas Bakar al-Quran di Manchester
LONDON, 3 Februari – Seorang lelaki berusia 47 tahun ditahan pihak berkuasa selepas bertindak membakar kitab suci al-Quran di bandar Manchester, England, lapor akhbar Metro UK.
Insiden itu berlaku di Dataran St Peter’s, berhampiran Memorial Glade of Light, sebuah lokasi peringatan bagi mangsa serangan bom Manchester Arena pada tahun 2017.
Kejadian yang disiarkan secara langsung di media sosial menunjukkan suspek menggunakan pemetik api untuk membakar al-Quran di hadapan orang ramai, mencetuskan kemarahan serta kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Jurucakap polis tempatan mengesahkan bahawa suspek ditahan sekitar jam 2.45 petang waktu tempatan atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam dengan sengaja sehingga boleh mencetuskan ketegangan berunsur perkauman.
“Suspek masih dalam tahanan untuk siasatan lanjut,” tambah jurucakap berkenaan. – AGENSI
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 1:17 pm
Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
July 30, 2025, 12:56 pm
Tsunami Jepun: Pekerja loji nuklear Fukushima dipindah, amaran meluas sekitar Pasifik
July 25, 2025, 11:06 am
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
July 24, 2025, 5:57 pm
9 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan artileri di sempadan Thailand-Kemboja
July 22, 2025, 8:28 am
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
July 18, 2025, 9:17 am
Ribuan penduduk India, Pakistan dipindahkan, 180 terkorban akibat banjir monsun
July 17, 2025, 10:00 am