Berita Dunia
Murid menyorok bawah meja, 10 terbunuh dalam tembakan sekolah di Sweden

STOCKHOLM 5 Feb – Kira-kira 10 orang terbunuh termasuk seorang lelaki bersenjata semalam, dalam satu kejadian tembakan di sebuah pusat pendidikan di Sweden.
Susulan kejadian itu, Perdana Menteri Ulf Kristersson menyifatkannya sebagai kejadian tembakan rambang paling teruk dalam sejarah negara berkenaan.
Pada mulanya, pihak berkuasa berkata bahawa beberapa orang cedera dalam keganasan di Kampus Risbergska. Ia merupakan sebuah sekolah menengah untuk golongan belia di bandar Orebro.
Namun, ia tidak melaporkan sebarang kematian.
Serangan di sekolah agak jarang berlaku di Sweden tetapi negara itu telah mengalami kejadian tembakan dan pengeboman yang dikaitkan dengan keganasan kumpulan yang membunuh berpuluh-puluh orang pada setiap tahun.
“Kira-kira 10 orang terbunuh hari ini (semalam),” kata Ketua Polis Orebro, Roberto Eid Forest kepada pemberita.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai jumlah mangsa yang cedera.
Forest berkata, polis belum mengetahui motif kejadian tetapi percaya penyerang bertindak sendirian.
Polis tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai identiti atau mangsa-mangsa yang maut, sama ada mereka pelajar atau guru di sekolah itu.
Beberapa media melaporkan, penyerang menembak dirinya sendiri tetapi polis tidak mengesahkan laporan tersebut. – AFP
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 1:17 pm
Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
July 30, 2025, 12:56 pm
Tsunami Jepun: Pekerja loji nuklear Fukushima dipindah, amaran meluas sekitar Pasifik
July 25, 2025, 11:06 am
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
July 24, 2025, 5:57 pm
9 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan artileri di sempadan Thailand-Kemboja
July 22, 2025, 8:28 am
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
July 18, 2025, 9:17 am
Ribuan penduduk India, Pakistan dipindahkan, 180 terkorban akibat banjir monsun
July 17, 2025, 10:00 am