Berita Dunia
Gaza milik Palestin, bukan milik Israel untuk diserahkan kepada Amerika Syarikat - Bekas PM Israel

WASHINGTON 7 Feb - Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk "mengambil alih" Gaza, dengan menyatakan kepada BBC rancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana wilayah itu bukan milik Israel untuk diserahkan kepada sesiapa.
Dalam program World News America di BBC, Olmert berkata, beliau menyambut baik bantuan AS untuk membina semula Gaza, tetapi hanya jika ia dibina oleh dan untuk rakyat Palestin.
"Saya dengar Amerika mengharapkan Israel menyerahkan Gaza kepada mereka. Kami tidak boleh melakukannya kerana kami tidak memilikinya: Gaza bukan milik kami (Israel). Gaza milik Palestin."
Olmert pernah menjadi ahli Parti Likud, parti yang kini dipimpin oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, selama lebih 30 tahun.
Namun, pada 2006, beliau bersama Ariel Sharon meninggalkan parti tersebut untuk melaksanakan pengunduran tentera dan penduduk Israel dari Gaza. - Agensi
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 1:17 pm
Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
July 30, 2025, 12:56 pm
Tsunami Jepun: Pekerja loji nuklear Fukushima dipindah, amaran meluas sekitar Pasifik
July 25, 2025, 11:06 am
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
July 24, 2025, 5:57 pm
9 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan artileri di sempadan Thailand-Kemboja
July 22, 2025, 8:28 am
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
July 18, 2025, 9:17 am
Ribuan penduduk India, Pakistan dipindahkan, 180 terkorban akibat banjir monsun
July 17, 2025, 10:00 am