Berita Dunia
Dua pesawat rosak gara-gara berlanggar di landasan

WASHINGTON 7 Feb – Dua pesawat berlanggar di landasan dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma, Washington, lapor portal berita The Independent semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 10.40 pagi (waktu tempatan) kelmarin di kawasan bukan di bawah kawalan trafik udara.
Syarikat penerbangan Delta Airlines berkata, ekor pesawatnya putus dilanggar kapal terbang milik Japan Airlines yang tiba dari Tokyo.
“Penerbangan tersebut membawa 142 penumpang menuju ke bandar Puerto Vallarta, Mexico semasa kejadian.
“Semua penumpang telah diturunkan dan dibawa ke terminal. Tiada kecederaan dilaporkan.
“Kami memohon maaf atas pengalaman dan kelewatan dalam perjalanan,” kata Delta Airlines dalam satu kenyataan.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, siasatan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 1:17 pm
Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
July 30, 2025, 12:56 pm
Tsunami Jepun: Pekerja loji nuklear Fukushima dipindah, amaran meluas sekitar Pasifik
July 25, 2025, 11:06 am
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
July 24, 2025, 5:57 pm
9 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan artileri di sempadan Thailand-Kemboja
July 22, 2025, 8:28 am
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
July 18, 2025, 9:17 am
Ribuan penduduk India, Pakistan dipindahkan, 180 terkorban akibat banjir monsun
July 17, 2025, 10:00 am