Berita Berita
KEMAS sasar 60,000 kanak-kanak sertai TABIKA Pra Tahfiz tahun ini
PUTRAJAYA 10 Feb - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) meneruskan usaha untuk melahirkan generasi huffaz cilik dengan menubuhkan 4,000 kelas TABIKA Pra Tahfiz yang melibatkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penubuhan kelas tersebut adalah bukti komitmen kerajaan untuk menjadikan pendidikan al-Quran sebagai teras dalam membina generasi pewaris negara yang berakhlak, berilmu, dan berdaya saing.
"Pada tahun 2023, KEMAS telah mengambil langkah proaktif dengan menjadikan pendidikan al-Quran sebagai fokus utama dalam pembentukan kanak-kanak Islam di TABIKA KEMAS. Matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi huffaz cilik yang bukan hanya menguasai hafazan al-Quran dalam surah-surah Juzuk Amma, tetapi juga memahami adab dan tadabbur dalam kehidupan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, usaha ini bermula dengan pelaksanaan rintis di 100 TABIKA KEMAS yang melibatkan 1,500 kanak-kanak, dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Pada tahun 2024, jumlah penyertaan dijangka meningkat kepada 55,269 kanak-kanak.
Beliau menambah, penyertaan yang ramai menunjukkan bahawa masyarakat menyambut baik usaha KEMAS untuk mengukuhkan nilai Islam dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak negara.
Namun, beliau menegaskan bahawa kejayaan pendidikan semata-mata tidak cukup dan kerajaan perlu melangkah lebih jauh dengan memastikan setiap program pembangunan komuniti dijalankan secara lebih strategik dan tersusun.
"Tahun ini, selepas Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merangka satu hala tuju baharu, KEMAS akan mengukuhkan pendekatan yang melibatkan semua bahagian dalam KEMAS serta kerjasama dengan agensi kerajaan, NGO, sektor korporat dan swasta," katanya.
Sebagai sebahagian daripada transformasi ini, KEMAS akan merombak struktur program utama seperti Hari POTENSI TABIKA KEMAS, Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS), dan Festival Kesenian Islam (iFest). Semua program ini akan disatukan di bawah satu acara utama dikenali sebagai Festival KEMAS (FESMA).
Ahmad Zahid berkata langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos operasi seperti logistik dan penyewaan, tetapi juga meningkatkan keberkesanan dan kesepaduan program yang dilaksanakan.
"Langkah ini adalah strategi konkrit untuk memperkukuhkan pendidikan awal kanak-kanak dan memberdayakan masyarakat desa. Saya yakin dengan langkah strategik ini, KEMAS akan terus menjadi pemacu perubahan dalam membina negara yang maju serta masyarakat desa yang lebih dinamik," katanya.
Berita berkaitan
April 18, 2026, 5:04 pm
Anwar lulus segera bantuan RM500,000 baiki sekolah agama terbakar di Bachok
April 18, 2026, 4:59 pm
Zahid bidas politik talam dua muka, mahu KIMMA diterima rakan komponen BN
April 18, 2026, 1:58 pm
Fahmi sedia ikut arahan PM jika gaji menteri perlu dipotong lagi
April 17, 2026, 11:53 pm
ADUN Sentosa puji Pakej Daya Tahan RM131 juta, langkah proaktif perkukuh ekonomi Selangor
April 17, 2026, 11:26 pm
HRD Corp selesai penstrukturan semula, kini fokus pelaksanaan, perkukuh tadbir urus
April 17, 2026, 7:37 pm
Dua beradik warga emas maut, kereta bertembung van di Kuala Kangsar
April 17, 2026, 7:32 pm
PM tegaskan pendirian Malaysia terhadap Israel dalam temubual bersama Sneako
April 17, 2026, 7:28 pm
MARA taja pengajian lepasan SPM yatim piatu, ringankan beban keluarga
April 17, 2026, 7:24 pm
FELCRA nafi kaitan dengan penemuan 26 tong bahan kimia di Jempol
April 17, 2026, 6:28 pm
