Berita Hiburan
'Banyak benda kena betulkan, saya hanya budak kampung' - Shuib akui berdepan hutang jutaan ringgit
KUALA LUMPUR 12 Feb - Pelawak terkenal dan ahli perniagaan, Shuib, mengakui dia kini berdepan dengan hutang perniagaan yang mencecah puluhan juta ringgit.
Menurut Shuib, hutang tersebut melibatkan pihak kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dan cukai.
"Ini adalah risiko dan ujian dalam perniagaan. Kalau berniaga kecil-kecil, mungkin tak terlalu terasa, tetapi apabila perniagaan berkembang besar, cabarannya juga besar.
"Apabila jualan mula mencecah puluhan ribu, kemudian ratusan ribu, dan kini jutaan ringgit, maka risikonya juga turut meningkat. Tiada perniagaan besar tanpa risiko yang besar. Seperti kata orang, besar periuk, besar keraknya," katanya
Walaupun berdepan dengan situasi tersebut, Shuib menegaskan bahawa perniagaannya kini berada dalam keadaan baik dan apa yang diperlukan adalah perancangan dan pengurusan yang lebih teliti di masa depan.
"Jika tersalah urus, memang ada risikonya, tetapi saya okay saja. Sebagai ahli perniagaan, ini adalah perkara biasa. Niaga yang besar, pasti ada cabarannya," katanya.
"Saya pegang satu prinsip, selagi kita tidak berhenti, kita belum gagal. Perniagaan saya masih berjalan, dan saya terus yakin."
Shuib juga berkongsi bahawa dia tidak menganggap dirinya seorang yang hebat dalam perniagaan, malah lebih menganggap dirinya sebagai 'budak kampung'.
"Saya tak pandai, tapi Allah beri rezeki. Itu saya anggap sebagai satu anugerah. Apa yang kita tak tahu, kita belajar untuk jadi tahu," katanya.
Sebelum ini, rakannya Mamat Sepah, yang akan mengerjakan umrah bersama Shuib pada Aidilfitri ketiga ini, berniat untuk mendoakan kelancaran dan kemudahan buat Shuib, yang kini berdepan dengan ujian kewangan.
Shuib meluahkan rasa terharu dengan niat Mamat, yang dianggapnya sebagai sahabat paling rapat.
"Inilah sahabat sejati, sentiasa ada ketika susah dan senang. Saya tak sangka Mamat mahu mendoakan saya di Makkah,
"Kami banyak berkolaborasi dalam projek-projek seperti drama dan rakaman single. Banyak lagi perancangan tahun ini. Mamat memahami keadaan saya dan saya bersyukur dia tergerak untuk mendoakan saya di Tanah Suci. Doa seorang sahabat juga sangat bermakna," katanya.
Berita berkaitan
March 16, 2026, 10:58 am
Aedy Ashraf ambil risiko besar terbitkan Tarung: Unforgiven
February 4, 2026, 10:52 am
Tarian penonton cetus kontroversi, penganjur Makar Fest XL tampil mohon maaf terbuka
January 27, 2026, 12:33 pm
Nora Ariffin tarik balik tuntutan cerai, pilih teruskan perkahwinan
January 23, 2026, 9:15 am
Fazura umum bersara daripada drama televisyen tempatan
January 20, 2026, 10:22 am
Brooklyn Beckham putus hubungan dengan keluarga, dakwa membesar dalam pembohongan
January 14, 2026, 2:42 pm
Filem ‘Ozora’ angkat kisah benar penganiayaan David Ozora di Jakarta
December 28, 2025, 4:39 pm
Rasa seperti renjatan elektrik di dada ketika latihan - Remy Ishak
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
