Berita Dunia
Imam gay mati ditembak dalam kereta

CAPE TOWN 17 Feb – Seorang imam yang mengaku dirinya seorang gay mati ditembak dalam serangan hendap ke atas kereta dinaikinya di Afrika Selatan, lapor akhbar Metro UK semalam.
Muhsin Hendricks, 57, dibunuh pagi Sabtu lalu selepas kereta dinaikinya diserang dekat bandar Gqeberha.
“Dua suspek tidak dikenali dengan muka ditutup keluar daripada sebuah kereta dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan dinaiki mangsa.
“Mereka melarikan diri sebelum pemandu menyedari bahawa Hendricks yang berada di tempat duduk belakang telah terbunuh,” kata polis Eastern Cape.
Rakaman video di media sosial menunjukkan seorang penyerang meluru keluar daripada sebuah kereta, berlari ke arah kenderaan yang diserang hendap dan menembak beberapa kali ke arah tingkap penumpang belakang.
“Motif pembunuhan belum diketahui,” kata polis sambil menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.
Hendricks yang terlibat dalam pelbagai kumpulan advokasi lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ), mengaku dirinya gay pada tahun 1996.
Dia menguruskan masjid Al-Ghurbaah di Wynberg dekat tempat kelahirannya, Cape Town. – AGENSI
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 1:17 pm
Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
July 30, 2025, 12:56 pm
Tsunami Jepun: Pekerja loji nuklear Fukushima dipindah, amaran meluas sekitar Pasifik
July 25, 2025, 11:06 am
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
July 24, 2025, 5:57 pm
9 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan artileri di sempadan Thailand-Kemboja
July 22, 2025, 8:28 am
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
July 18, 2025, 9:17 am
Ribuan penduduk India, Pakistan dipindahkan, 180 terkorban akibat banjir monsun
July 17, 2025, 10:00 am