Berita Sukan
JDT Benam Pohang Steelers 5-2, Bidoglio puas hati taktikal tekanan tinggi
JOHOR BAHRU 19 Feb. - Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio menegaskan strategi tekanan tinggi menjadi kunci kemenangan pasukannya menewaskan Pohang Steelers FC 5-2 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Bidoglio berkata, para pemain mengikuti perancangan taktikal dengan baik, walaupun berdepan kesukaran menembusi pertahanan lawan. Walaupun ketinggalan gol awal, beliau mengarahkan pemain untuk kekal tenang dan meneruskan taktikal yang dirancang.
Pada separuh masa pertama, Pohang Steelers menggunakan lima pemain dalam serangan, menyebabkan JDT sukar menekan tinggi. Namun, pada babak kedua, barisan kejurulatihan menguatkan posisi tengah untuk mengatasi taktikal lawan.
Bidoglio turut memuji kapten pasukan, Natxo Insa, sebagai pemain paling berpengaruh dalam perlawanan. Walaupun berusia 38 tahun, Insa menunjukkan prestasi cemerlang di bahagian tengah dengan mengawal permainan dan membantu pertahanan serta serangan. - Media Telus
Berita berkaitan
October 29, 2025, 11:26 am
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
October 27, 2025, 10:01 am
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
October 26, 2025, 11:55 am
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
October 21, 2025, 10:50 am
JDT sasar kemenangan pertama bertemu Chengdu Rongcheng dalam aksi ACLE
October 10, 2025, 7:32 am
Harimau Malaya benam Laos 3-0, kekal rekod sempurna
October 7, 2025, 11:43 am
FAM perlu jelaskan isu pendedahan FIFA segera – Hannah Yeoh
October 7, 2025, 8:59 am
FAM anggap laporan FIFA tidak tepat, akan kemuka rayuan rasmi
October 7, 2025, 8:50 am
FIFA kemuka bukti dokumen palsu dalam pendaftaran tujuh pemain warisan Malaysia
October 1, 2025, 3:04 pm
Ultras Malaya tuntut FAM dedah maklumat pemain warisan digantung Fifa
October 1, 2025, 1:33 pm
