Berita Sukan
8 sukan di Malaysia terima peruntukan khas RM20 juta - KBS
PETALING JAYA, 20 Feb – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil langkah proaktif bagi mengelakkan kekurangan atlet pelapis dengan memperuntukkan dana khas sebanyak RM20 juta untuk memperkasa pembangunan bakat dalam lapan sukan terpilih melalui Program Pembangunan Sukan Olimpik.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata dana khas tersebut akan disalurkan kepada lapan jenis sukan terpilih, iaitu terjun, renang, memanah, taekwondo, badminton, skuasy, basikal, dan olahraga.
Dana ini bertujuan untuk menampung keperluan latihan, pendedahan pertandingan, serta pembangunan bakat dari peringkat akar umbi yang berpotensi untuk diketengahkan ke temasya Sukan Olimpik pada masa akan datang.
“Selalunya kita dengar keluhan kenapa bola sepak menerima banyak dana, sedangkan sukan Olimpik lain kurang mendapat perhatian.
"Setelah menilai bajet sedia ada di bawah Majlis Sukan Negara (MSN), kami memohon dana tambahan daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi pembangunan bakat dalam lapan sukan Olimpik terpilih,” katanya selepas merasmikan bengkel Program Pembangunan Sukan Olimpik hari ini.
Hannah Yeoh turut menekankan bahawa dana tersebut tidak akan diagihkan secara sama rata kepada semua sukan kerana setiap sukan mempunyai keperluan yang berbeza.
“Kami akan memastikan setiap perbelanjaan dibuat dengan teliti, dengan penglibatan jurulatih kebangsaan, pakar sukan, dan persatuan sukan yang berkaitan. Sebagai langkah awal, bengkel ini diadakan untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai penggunaan dana ini,” tambahnya.
Selain itu, sebahagian daripada dana ini akan digunakan untuk menganjurkan lebih banyak pertandingan di peringkat domestik bagi memberi lebih banyak pendedahan kepada atlet dan melahirkan kumpulan atlet elit yang lebih besar.
Menteri tersebut turut berkata, sekiranya inisiatif ini menunjukkan keberkesanan, dana yang diperuntukkan mungkin akan ditambah pada masa hadapan.
“RM20 juta ini mungkin tidak mencukupi, tetapi ia lebih baik daripada tiada langsung. Jika kita dapat menunjukkan hasil yang positif, saya yakin Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan untuk menambah peruntukan pada masa depan,” ujar Hannah.
Inisiatif ini diharapkan dapat memastikan kesinambungan atlet dan mencegah ketandusan bakat dalam sukan-sukan Olimpik di negara ini, seterusnya membangunkan lebih ramai atlet pelapis yang berpotensi untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Berita berkaitan
October 29, 2025, 11:26 am
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
October 27, 2025, 10:01 am
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
October 26, 2025, 11:55 am
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
October 21, 2025, 10:50 am
JDT sasar kemenangan pertama bertemu Chengdu Rongcheng dalam aksi ACLE
October 10, 2025, 7:32 am
Harimau Malaya benam Laos 3-0, kekal rekod sempurna
October 7, 2025, 11:43 am
FAM perlu jelaskan isu pendedahan FIFA segera – Hannah Yeoh
October 7, 2025, 8:59 am
FAM anggap laporan FIFA tidak tepat, akan kemuka rayuan rasmi
October 7, 2025, 8:50 am
FIFA kemuka bukti dokumen palsu dalam pendaftaran tujuh pemain warisan Malaysia
October 1, 2025, 3:04 pm
Ultras Malaya tuntut FAM dedah maklumat pemain warisan digantung Fifa
October 1, 2025, 1:33 pm
