Berita Dunia
Letupan bom dekat pasar raya di Yala, 7 polis antara 23 mangsa cedera

NARATHIWAT, Selatan Thailand 24 Feb - Seranai 23 individu, termasuk tujuh anggota polis, dilaporkan cedera dalam satu insiden letupan bom yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Ketua Polis Bannang Sata, Kol Pol Ranon Surawit, berkata kejadian berlaku pada sekitar 8.20 malam waktu tempatan dan disyaki dilakukan oleh kumpulan bersenjata yang sedang dikesan oleh pihak berkuasa.
Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika beberapa anggota polis sedang menjalankan rondaan dengan menggunakan dua kenderaan pacuan empat roda.
Setibanya mereka di pasar raya tersebut, sebuah bom yang disembunyikan di kawasan berhampiran dipercayai telah diaktifkan menggunakan alat kawalan jauh dan meletup secara mendadak.
Surawit memaklumkan bahawa semua mangsa yang terlibat, terdiri daripada tujuh anggota polis dan 16 orang awam, telah dikejarkan ke Hospital Bannang Sata untuk rawatan lanjut, sementara siasatan polis sedang dijalankan.
Letupan ini berlaku sehari sebelum bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, dijadualkan untuk melakukan lawatan kerja ke wilayah selatan Thailand, dalam usaha mencari penyelesaian kepada konflik yang berlarutan di kawasan tersebut.
Lawatan itu juga merupakan yang pertama sejak Thaksin dilantik sebagai penasihat tidak rasmi Pengerusi ASEAN, serta lawatannya ke kawasan selatan selepas lebih 20 tahun sejak pentadbirannya digulingkan pada 2006.
Berita berkaitan
July 30, 2025, 6:12 pm
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
July 30, 2025, 1:17 pm
Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
July 30, 2025, 12:56 pm
Tsunami Jepun: Pekerja loji nuklear Fukushima dipindah, amaran meluas sekitar Pasifik
July 25, 2025, 11:06 am
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
July 24, 2025, 5:57 pm
9 terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan artileri di sempadan Thailand-Kemboja
July 22, 2025, 8:28 am
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
July 18, 2025, 9:17 am
Ribuan penduduk India, Pakistan dipindahkan, 180 terkorban akibat banjir monsun
July 17, 2025, 10:00 am