Berita Dunia
China temukan koronavirus baharu, bawaan daripada kelawar
BEIJING 24 Feb - Sepasukan penyelidik dari China menemukan koronavirus baharu daripada kelawar yang berisiko untuk menjangkiti manusia melalui haiwan, kerana ia menggunakan reseptor manusia yang sama seperti virus Covid-19, lapor sebuah akhbar di Hong Kong pada Khamis dengan memetik kajian terkini.
Kajian yang dilakukan Makmal Guangzhou dengan kerjasama Akademi Sains Guangzhou, Universiti Wuhan dan Institut Virologi Wuhan, diterbitkan dalam jurnal saintifik Cell pada Selasa, lapor South China Morning Post.
Agensi Anadolu yang memetik laporan itu melaporkan, koronavirus yang baru ditemukan itu menggunakan reseptor manusia yang sama seperti virus yang menyebabkan Covid-19 dan SARS, iaitu enzim penukaran angiotensin manusia (ACE2).
Virus itu yang juga dikenali sebagai HKU5-CoV-2, adalah keturunan baharu dari virus HKU5 yang ditemukan dalam kelawar 'pipistrelle' Jepun di Hong Kong.
Ujian makmal mendapati bahawa virus itu boleh menjangkiti sel manusia, serta tisu paru-paru dan usus tiruan.
Ia juga dapat mengikat reseptor ACE2 pada manusia, kelawar, dan haiwan lain, meningkatkan kemungkinan penghantaran antara spesies.
Walaupun HKU5-CoV-2 mempunyai kemampuan pengikatan yang lebih kuat daripada strain asal dengan julat hos yang lebih luas, penyelidik menegaskan bahawa ia jauh lebih lemah berbanding SARS-CoV-2, virus yang bertanggungjawab terhadap Covid-19, dan risiko penyebaran secara meluas kepada manusia adalah rendah.
Shi Zhengli, saintis utama dalam kajian ini, terkenal dengan kerjanya di Institut Virologi Wuhan yang mendapat kritikan berikutan dakwaan bahawa Covid-19 berasal dari kebocoran makmal.
China sebelum ini menolak "teori yang disokong CIA (Agensi Risikan Pusat)" yang mengatakan pandemik Covid-19 berasal daripada kebocoran makmal secara tidak sengaja di Wuhan, dan bukannya penularan secara semula jadi di pasar basah, lapor akhbar berkenaan.
Kes pertama virus Covid-19 dilaporkan di Wuhan, China pada Disember 2019. Ia kemudian merebak ke seluruh dunia, menyebabkan sekatan pergerakan negara dan meragut hampir tujuh juta nyawa.
Berita berkaitan
October 29, 2025, 12:45 pm
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
October 28, 2025, 3:24 pm
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
October 28, 2025, 10:56 am
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
October 21, 2025, 4:02 pm
Terima sokongan majoriti, Sanae Takaichi dilantik Perdana Menteri Wanita pertama Jepun
October 16, 2025, 12:09 pm
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
October 11, 2025, 11:47 am
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
October 11, 2025, 10:19 am
Israel tarik balik tentera, perang di Gaza berakhir — Rakyat Palestin mula pulang ke rumah
October 9, 2025, 10:48 am
Israel, Hamas setuju laksana fasa pertama pelan damai Trump bagi Gaza
October 7, 2025, 9:14 am
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
October 6, 2025, 9:43 am
