Berita Sukan
JDT diingatkan kekal fokus menjelang aksi bertemu Buriram United
JOHOR BAHRU 3 Mac - Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio, menekankan kepentingan agar pasukannya kekal fokus, tenang, serta mengelakkan kesilapan mudah menjelang pertembungan pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Buriram United FC di Stadium Chang Arena, Thailand, Selasa ini.
Menurutnya, perlawanan ‘Derbi ASEAN’ itu penting sebagai bekalan sebelum aksi timbal balik di Johor pada 11 Mac nanti.
Bidoglio turut menyatakan bahawa skuad Harimau Selatan kini semakin mantap dengan kehadiran empat pemain baharu, termasuk Jonathan Viera, Alvaro Gonzalez, Anselmo Moraes serta bekas pemain AC Milan, Samu Castillejo.
"Kami tiba dengan semangat tinggi selepas berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut.
"Persiapan pasukan berjalan lancar, komunikasi antara pemain diperkuatkan agar mereka memahami dengan jelas setiap taktikal yang dirancang," katanya.
Dalam masa yang sama, Bidoglio turut mengingatkan anak buahnya untuk berwaspada terhadap tiga pemain baharu Buriram United yang mampu memberi ancaman, iaitu penyerang Itali, Martin Boakye, pertahanan Korea Selatan, Ko Myeong-sok serta pemain sayap lincah, Suphanat Mueanta.
"Buriram adalah pasukan berkualiti, tetapi kami mempunyai pengalaman beraksi di gelanggang lawan. Apa yang lebih penting adalah memastikan pasukan kekal kompak dan mengawal tempo permainan sepanjang 90 minit.
"Kami tidak mahu terlalu memberi tumpuan kepada kekuatan lawan, sebaliknya fokus utama adalah kepada persiapan pasukan sendiri.
"Dengan disiplin yang tinggi, taktikal yang tersusun serta keupayaan individu pemain, saya yakin JDT mampu membawa pulang keputusan positif dari Thailand," katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
October 29, 2025, 11:26 am
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
October 27, 2025, 10:01 am
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
October 26, 2025, 11:55 am
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
October 21, 2025, 10:50 am
JDT sasar kemenangan pertama bertemu Chengdu Rongcheng dalam aksi ACLE
October 10, 2025, 7:32 am
Harimau Malaya benam Laos 3-0, kekal rekod sempurna
October 7, 2025, 11:43 am
FAM perlu jelaskan isu pendedahan FIFA segera – Hannah Yeoh
October 7, 2025, 8:59 am
FAM anggap laporan FIFA tidak tepat, akan kemuka rayuan rasmi
October 7, 2025, 8:50 am
FIFA kemuka bukti dokumen palsu dalam pendaftaran tujuh pemain warisan Malaysia
October 1, 2025, 3:04 pm
Ultras Malaya tuntut FAM dedah maklumat pemain warisan digantung Fifa
October 1, 2025, 1:33 pm
