Berita Dunia
31 maut termasuk budak 3 tahun, bas bertembung dengan trak
Sucre, Bolivia 4 Mac - Sekurang-kurangnya 31 orang maut selepas bas dinaiki mereka bertembung dengan trak pikap sebelum terjatuh dalam gaung di selatan Bolivia, pada Isnin.
Enam warga asing adalah antara yang terbunuh iaitu lima warga Peru dan seorang kanak-kanak Jerman berusia tiga tahun.
Nahas di selatan Potosi berlaku dua hari selepas sekurang-kurangnya 37 orang maut apabila bas yang menuju ke Karnival Oruro, salah satu perayaan terbesar di Amerika Latin, bertembung dengan bas lain berhampiran bandar Uyuni.
Kemalangan terbaharu itu berlaku di 90 kilometer utara bandar Potosi dan turut membabitkan pengunjung festival Oruro.
Mereka meninggalkan bandar Andes selepas hadir ke karnival hujung minggu, yang menarik puluhan ribu orang.
Penyiasat berkata, mereka mengesyaki pemandu pikap itu menyebabkan perlanggaran.
Katanya, bas itu terjunam ke bawah gaung sedalam setengah kilometer sehingga mengakibatkan 31 maut, manakala 22 cedera.
Jurucakap polis Limberth Choque berkata, pemandu pikap itu ditahan di hospital ketika mendapatkan rawatan kerana kecederaan dialaminya.
Pejabat pendakwa raya berkata, pemandu itu sedang disiasat atas kemungkinan pembunuhan dan menyebabkan kecederaan serius.
Pakar forensik sedang menyiasat tempat kejadian untuk mendapatkan bukti lanjut.
Berita berkaitan
October 29, 2025, 12:45 pm
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
October 28, 2025, 3:24 pm
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
October 28, 2025, 10:56 am
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
October 21, 2025, 4:02 pm
Terima sokongan majoriti, Sanae Takaichi dilantik Perdana Menteri Wanita pertama Jepun
October 16, 2025, 12:09 pm
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
October 11, 2025, 11:47 am
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
October 11, 2025, 10:19 am
Israel tarik balik tentera, perang di Gaza berakhir — Rakyat Palestin mula pulang ke rumah
October 9, 2025, 10:48 am
Israel, Hamas setuju laksana fasa pertama pelan damai Trump bagi Gaza
October 7, 2025, 9:14 am
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
October 6, 2025, 9:43 am
