Berita Sukan
Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-2025 kekal
KUALA LUMPUR – Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-2025 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 April depan kekal seperti musim sebelumnya.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd, mengesahkan tiket dijual pada harga:
-
RM50 dan RM70 (General Admission)
-
RM150 (Unifi Premium)
-
RM200 (Unifi VIP Grandstand)
Menurut beliau, harga dikekalkan bagi memastikan lebih ramai penyokong dapat hadir ke stadium.
“Penjualan tiket akan diuruskan sepenuhnya oleh JDT dan Sri Pahang FC bagi memastikan agihan yang adil serta memudahkan penyokong mendapatkan tiket,” katanya.
MFL juga telah berbincang dengan kedua-dua kelab mengenai agihan tiket, dan penyokong dinasihatkan mengikuti pengumuman rasmi dari JDT serta Sri Pahang untuk maklumat lanjut mengenai pembelian tiket. - Media Telus
Berita berkaitan
December 17, 2025, 6:33 pm
Sukan SEA: Miki Ghazali tumpaskan Thailand, hadiahkan emas buat negara acara Muay Thai 57kg
December 17, 2025, 1:31 pm
FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa tier 1
December 15, 2025, 10:42 am
Media Thailand terkejut dominasi sepak takraw regu berpasukan berakhir, Malaysia raih emas bersejarah
December 15, 2025, 10:29 am
Kem badminton negara masih perlukan Rexy Mainaky – Tengku Zafrul
December 13, 2025, 11:45 am
Ketiadaan Figueiredo jejaskan jentera serangan JDT jelang final Piala FA
December 10, 2025, 2:01 pm
Kemboja tarik diri daripada Sukan SEA susulan konflik dengan Thailand
December 10, 2025, 11:38 am
Xisco bangga prestasi JDT walau terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC
December 8, 2025, 8:24 pm
JDT sedia buat Shanghai Port ‘merana’ di SSI
December 2, 2025, 9:30 am
FIFPro kecam hukuman FIFA terhadap tujuh pemain warisan, anggap terlalu keterlaluan
December 1, 2025, 11:49 am
