Berita Dunia
Mark Carney Perdana Menteri Kanada yang baharu
OTTAWA 10 Mac – Mark Carney diumumkan sebagai Perdana Menteri Kanada bagi menggantikan Justin Trudeau yang meletak jawatan pada Januari lalu, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Parti Liberal sebulat suara memilih Carney dalam sesi pengundian semalam. Beliau menewaskan pesaingnya, Chrystia Freeland dengan kelebihan 85.9 peratus undi.
Sejurus diumumkan pemenang, Carney, 59, berikrar untuk setia kepada Kanada dan tidak akan sesekali menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat (AS) walau dalam apa juga keadaan sekali pun.
“Kita tidak mahu memulakan persengketaan, namun Kanada sentiasa bersedia apabila pihak lain memulakannya.
“Amerika Syarikat hanya mahukan sumber bumi, air dan tanah air kita,” katanya.
Ketika mengulas mengenai ancaman tarif perdagangan oleh Presiden AS, Donald Trump, Carney berkata: “Kita tidak akan membiarkan beliau berjaya, tidak akan.”
Carney mendahului sokongan untuk jawatan itu selepas Trudeau mengumumkan peletakan jawatan pada Januari lalu ketika beliau menghadapi kekalahan pilihan raya yang teruk. – AGENSI
Berita berkaitan
October 29, 2025, 12:45 pm
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
October 28, 2025, 3:24 pm
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
October 28, 2025, 10:56 am
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
October 21, 2025, 4:02 pm
Terima sokongan majoriti, Sanae Takaichi dilantik Perdana Menteri Wanita pertama Jepun
October 16, 2025, 12:09 pm
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
October 11, 2025, 11:47 am
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
October 11, 2025, 10:19 am
Israel tarik balik tentera, perang di Gaza berakhir — Rakyat Palestin mula pulang ke rumah
October 9, 2025, 10:48 am
Israel, Hamas setuju laksana fasa pertama pelan damai Trump bagi Gaza
October 7, 2025, 9:14 am
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
October 6, 2025, 9:43 am
