Berita Viral
Tak hirau bulan Ramadan, penyamun selamba gerudi tabung derma masjid di Mambau
SEREMBAN 25 Mac – Seorang lelaki sanggup memecah masuk dan mengumpil tabung sebuah surau di Mambau di sini sebelum melarikan wang derma, meskipun dalam bulan Ramadan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 7.15 pagi pada Sabtu lalu dan pihak polis menerima laporan daripada bilal surau yang mendapati tabung derma telah diumpil.
“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki yang tidak dikenali memakai topi keledar dan jaket berwarna gelap memasuki surau dari arah belakang.
“Suspek dipercayai menggunakan gerudi untuk memotong kunci jeriji besi di pintu sebelah kanan surau sebelum mengumpil kunci tabung yang tidak bermangga dan memasukkan wang kutipan derma ke dalam beg,” katanya kepada pemberita hari ini.
Sebelum ini, tular satu rakaman video berdurasi 5 minit 41 saat memaparkan tindakan seorang lelaki mengumpil tabung derma surau tersebut.
Penduduk mendakwa suspek menggunakan motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta jenis Proton X50, serta mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memecahkan tabung itu.
Mohamad Hatta menegaskan bahawa pihak polis sedang giat memburu suspek dan menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
April 24, 2026, 2:48 pm
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
