Berita Sukan
Ahli majlis sepakat namakan Tengku Zafrul calon pilihan Presiden BAM 2025-2029
KUALA LUMPUR 25 Mac – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dinamakan sebagai calon pilihan bagi jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk penggal 2025-2029.
Pengumuman itu dibuat oleh Pemangku Presiden BAM, Datuk V Subramaniam, yang menyatakan bahawa keputusan tersebut adalah hasil perbincangan menyeluruh dalam kalangan ahli majlis BAM, yang menitikberatkan kepentingan badan induk badminton negara itu.
“Setelah meneliti segala aspek yang terbaik untuk BAM, majoriti ahli majlis telah mencapai kata sepakat untuk mencalonkan Tengku Zafrul sebagai Presiden BAM dalam pemilihan akan datang,” katanya dalam sidang media hari ini.
Menurut Subramaniam, pemilihan kepimpinan BAM bukanlah berdasarkan kepentingan individu semata-mata, tetapi demi memastikan kesinambungan pembangunan badminton negara.
“Kami melihat gambaran yang lebih besar. BAM perlu diterajui kepimpinan yang dapat membawa hala tuju jelas. Saya telah lama berkhidmat dalam BAM dan bagi saya, yang paling penting adalah pembangunan serta kesinambungan organisasi ini,” jelasnya.
Pemilihan Presiden BAM dijadual berlangsung semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 10 Mei depan.
“Setakat ini, tiada pencalonan rasmi dibuat. Namun, majoriti ahli majlis telah menyatakan persetujuan sebulat suara untuk mencalonkan Tengku Zafrul. Sekiranya ada calon lain yang dikemukakan, kita akan menelitinya semasa AGM,” katanya.
Beliau turut mengesahkan bahawa Tengku Zafrul telah bersetuju dengan pencalonan tersebut dan bersedia memikul tanggungjawab sekiranya diberi mandat oleh ahli BAM.
Sebelum ini, Tengku Zafrul hampir dilantik sebagai Presiden BAM bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, namun Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, meminta Norza untuk kekal sehingga tamat Sukan Olimpik Paris 2024.
Selepas temasya di Paris, BAM melantik Subramaniam sebagai Pemangku Presiden sehingga pemilihan rasmi pada Mei ini.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 6:33 pm
Sukan SEA: Miki Ghazali tumpaskan Thailand, hadiahkan emas buat negara acara Muay Thai 57kg
December 17, 2025, 1:31 pm
FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa tier 1
December 15, 2025, 10:42 am
Media Thailand terkejut dominasi sepak takraw regu berpasukan berakhir, Malaysia raih emas bersejarah
December 15, 2025, 10:29 am
Kem badminton negara masih perlukan Rexy Mainaky – Tengku Zafrul
December 13, 2025, 11:45 am
Ketiadaan Figueiredo jejaskan jentera serangan JDT jelang final Piala FA
December 10, 2025, 2:01 pm
Kemboja tarik diri daripada Sukan SEA susulan konflik dengan Thailand
December 10, 2025, 11:38 am
Xisco bangga prestasi JDT walau terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC
December 8, 2025, 8:24 pm
JDT sedia buat Shanghai Port ‘merana’ di SSI
December 2, 2025, 9:30 am
FIFPro kecam hukuman FIFA terhadap tujuh pemain warisan, anggap terlalu keterlaluan
December 1, 2025, 11:49 am
